Featured post

Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur

Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur Kuala Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau kesibukan kota yang ...

Sunday, 4 December 2016

5 CARA MUDAH DAN TERPANTAS MENINGKATKAN TESTOSTERON


5 CARA MUDAH DAN TERPANTAS MENINGKATKAN TESTOSTERON


Matlamat:
Peningkatan testosteron adalah cara terbaik secara semula jadi membina otot lebih baik dan membakar lemak badan untuk lelaki.

TESTOSTERONE BOOST adalah perkara paling wajib dipelajari dan diketahui jika seseorang itu ingin membina otot dan membakar lemak dalam masa yang sama.

5 CARA MUDAH DAN TERPANTAS:
  1. INTERMITTENT FASTING(puasa,tidak makan)
  2. JUMP SQUATS
  3. MANDI SEJUK
  4. MINUM AIR BANYAK
  5. MAKAN TELUR

ACTION PLAN - Langkah demi langkah untuk meningkatkan testosteron

STEP 1
Intermittent fasting selama 16 jam bermula dari 8pm hingga 12 tengahari berikutnya.
Cara ini akan meningkatkan testosteron hampir 200% selain merendahkan insulin level. Dalam masa yang sama HGH iaitu Human Growth Hormon akan meningkat juga.

STEP 2
Minum air secukupnya selepas bangun pagi tetapi jangan makan apa-apa.

STEP 3
Selepas lunch, buat 'short routine' 5 set high-intensity jump squats. Intensity ini juga akan meningkatkan penghasilan testosteron. 

note: kombinasi insulin rendah bersama senaman singkat tetapi berintensiti tinggi akan menghasilkan peningkatan tinggi hormon anabolic.

STEP 4
Mandi air sejuk selepas senaman intensiti tinggi. Ia akan mendorong testikel menghasilkan lebih banyak testosteron dan juga akan membantu meningkatkan glutathione iaitu antioxidant terkuat dari badan.

STEP 5
Selepas mandian sejuk segera tadi, rehatkan badan antara 10-15 minit untuk sembuh(recover) dari tekanan senaman tadi.

STEP 6
Hadiahkan diri anda dengan memakan makanan testosteron-friendly seperti  madu, bawang putih, pisang, kekacang seperti almond, walnut dan kacang tanah, telur dan tembikai.

Lihat 15 makanan peningkat testosteron semula-jadi > http://www.alphamaleblueprint.com/best-testosterone-boosting-foods/

Anda juga perlu masukan sekali makanan berprotein kualiti tinggi(cth red meat atau dada ayam) serta makanan karbohidrat berkualiti tinggi ke dalam menu anda. Wholemeal adalah paling dicadangkan.

http://workoutaid.work/testosterone-booster-foods-7/

Kesimpulan.

72 jam selepas anda mencuba kaedah ini anda akan merasai kesan positif hasil dari peningkatan testosteron ini.

Konsistensi adalah kunci kejayaan, jadi pastikan 6 langkah ini menjadi amalan harian dan semoga ia memberikan kesan positif terhadap kehidupan anda.

Sekian!

MOHDNASYIT




















Tuesday, 11 October 2016

Sofie's Studio Art dan Hobi alat-tulis


Assalamualaikum wbt..

Berkesempatan untuk menulis entry kali ini, saya ingin tuliskan serba ringkas mengenai hobi kegemaran wife, iaitu melukis dan mengumpul pelbagai alat tulis(stationary).

Saya juga gemar dengan seni lukisan tapi dalam masa berberapa tahun ni dah kurang-kurang melukis dan menghasilkan seni-seni lukisan.. So bila wife masih mengekalkan minat dalam bidang ini, sudah tentulah kita bagi support kan? :)


MINAT MELUKIS SEJAK KECIL

Minat melukis sememangnya dari kecil lagi. Minat kepada benda-benda berunsurkan seni seperti lukisan dan mewarna sudah menjadi hobi dan antara yang dijadikan sebagai cara untuk melegakan stress di samping mengisi masa lapang.

Selain minat kepada mengasilkan lukisan, wife juga minat kepada alat-alat lukisan dan tulisan(stationary). Menurutnya ia mempunyai keunikan dan keisitmewaan tersendiri selain ia juga mempengaruhi kualiti sesuatu hasil seni tersebut.



Luang masa berjam-jam pun OK.. :)

Perkara yang tak boleh dilepaskan apabila keluar dengan wife adalah apabila sesuatu lokasi yang dituju itu ada terdapatnya kedai alat-tulis atau kedai buku. Tak lengkap rasanya jika tak singgah dan shopping ditempat tersebut.

Saya juga gemar singgah ke tempat ini sejak sekolah dulu dan tak sangka wife juga punyai minat yang sama cuma berbeza dari segi tempat yang kami pergi di dalam kedai tersebut.. Saya sudah tentunya habiskan masa di ruangan buku-buku dan dia... sudah tentu ke ruangan alat-tulis! :D

Pernah juga secara tak sedar sudah habiskan masa berjam-jam lamanya di dalam kedai mencari harta karun yang seakan tak jumpa-jumpa.. hehehehe.. bukan tak jumpa tapi sebenarnya sukar nak buat keputusan nak beli mana satu alat-tulis ni..

Biasalah bila dah minat, memang kadang-kadang tak sedar apa dibuat tu walaupun pusing-pusing berjam-jam lamanya..

Minat juga kepada 'bekas gelas'?

Kreativiti ini luas kan? Selain suka lepak kat Old Town dan Starbucks, wife juga gemar jadikan bekas gelas kepada tempat untuk disimpan alat tulis.

So setiap kali terlihat kepada bekas gelas ni, sentiasa teringat akan moment lepak kat tempat tu.





Hobi terbaru, melukis komik.

Menjadi pelukis memang impian dia. Selepas kahwin, dia nampaknya melibatkan diri lebih serius.. he he he..


Melukis komik ni nampak macam mudah tapi sebenarnya ia lebih rumit dan 'kompleks' sebab ia bukan sekadar guna pen atau marker tetapi sebaliknya melibatkan berberapa jenis set alat tulis yang bernilai puluhan hingga ratusan ringgit. Tak mustahil ada yang mencecah ribuan ringgit kan? Malah ada antaranya yang perlu ditempah khas melalui internet sebab ia tidak dijual di kedai berdekatan.

Bercerita mengenai melukis, dalam bulan oktober ini wife ada join satu cabaran melukis yang dikenali sebagai INKTOBER. Nak tahu lebih lanjut pasal inktober ini bolehlah google yer..

Antara lukis ala-komik yang dihasilkan sekarang...





Terasa syok bila tengok lukisan ni satu demi satu. Paling best adalah ianya original dilukis dan bukan dari majalah komik.

Sekali tengok terasa nak buat juga tetapi sejak dah lama tinggalkan bidang ni, terasa agak kekok nak lukis dan buat effect-effect tu.. :)

GOODLUCK UNTUK CABARAN INKTOBER..!!


Doa dan Harapan

Okeylah.. dah nak sampai penghujung penulisan nie.. Doa dan harapan sebagai husband ni adalah semoga dapat melengkapkan alat tulis tu banyak-banyak dan semoga berjaya menjadi pelukis yang terkenal suatu hari nanti, inshaAllah. ameennn...

Nanti dah berjaya senanglah nak suruh buatkan potret banyak-banyak.. hehehehhee!!

Sampai sini dahulu.

Hingga jumpa di entry akan datang inshaAllah.

sekian,

your loving husband,
MOHDNASYIT





Thursday, 8 September 2016

Resepi Hati Lembu Berempah

foto: youtube


Bahan-bahan :

- Sedikit hati lembu (potong sederhana besar)
- Sebiji bawang besar (1/2 biji ditumbuk, setengah biji lagi potong bulat)
- 3 ulas bawang putih - tumbuk
- 1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
- 1 - 2 sudu besar serbuk kari dan serbuk kunyit (bergantung pada kuantiti hati)
- 2 sudu besar kicap
- 2 biji cili hidup
 - 3 kunyum bunga lawang
- Sedikit kulit kayu manis
- Sedikit air
- Sedikit minyak
- Garam secukupnya

Cara-cara :

Bersihkan hati, potong dan toskan. Lepas tu lumurkan garam, serbuk kunyit dan serbuk kari. Ketepikan sekejap. Panaskan minyak dalam kuali kemudian campakkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan hati lembu tadi. Kacau-kacaukan. Bila dah hampir masak masukkan lada hidup, bawang besar yang dipotong bulat, sedikit kicap dan air. Akhir sekali masukkan garam. Siap.

sumber : fayreenmizan.blogspot.my

Tuesday, 2 August 2016

JANA RM468 dari modal RM16

Yes i do it again..and again..!




Perkara utama yang menjadi kunci kepada kejayaan jualan ini adalah product yg betul-betul boleh convert traffic kepada pembeli.

Tools yang diperlukan di sini adalah;
  • Fanpage
  • Product
  • Blog/website jualan/minisite
  • Local bank dan paypal untuk terima payment. Paypal tu utk pembayaran kad debit/kredit luar negara

Sedikit kemahiran marketing
  • Ayat jualan/copywriting
  • Ayat call-to-action

Last sekali, adalah;
  • Bajet pengiklanan
  • Target audiens

Paling mudah adalah buat je 'boost post' untuk dapatkan reach audiens yang lebih banyak.
Selagi product yang dijual kena pada audiens yang tepat, jualan akan berlaku.




Reach yang banyak akan membantu mendapatkan prospek yang lebih banyak. Lebih banyak lebih bagus sebenarnya. Tapi bajet kena banyaklah. Tapi andaikata product kita memang yang laris dan most wanted, ia akan dpt reach yg lebih banyak walaupun bajet kita kecik. Aplikasi share, komen dan like pula boleh mem'viral'kan lagi sesuatu post yang kita boost tu. Hasilnya, jualan!

Perkara penting lain di sini adalah keuntungan jualan. Contoh kat atas ni adalah jualan product digital ebook. Jika anda mahir menulis product informasi, blh la hasilkan ebook sendiri, buat ecover buku, minisite dan fanpage, seterusnya buat fb ads untuk jualkan. ia tiada modal jika anda tulis ebook sendiri menggunakan microsoft words, convert pdf dan jual di fanpage anda. smua adalah percuma sahaja. ini bermakna anda menjana untung 100% tanpa modal penghasilan product. Jika anda menggunakan fb ads, ini bermkna kos cuma terletak pada iklan sahaja, itupun serendah RM3 sehari.

So tunggu apa lg, mulakanlah sekarang!

Sekian dahulu perkongsian saya hari ni.

MN

Sunday, 26 June 2016

Bina bahagian belakang badan! -Cubalah senaman ini.

Senaman nak bina otot ni bukan sahaja fokus bahagian depan sahaja. Bahagian belakang pun wajib juga.

Paling popular adalah upper body di bahagian dada(chess) dan lengan(biseps, triceps). Selain tu mid-section ataupun 'core'(oblique dan abs/6 pax abs) dan last sekali lower body iaitu bahagian paha dan kaki.

So hari ni nak share foto senaman untuk bahagian belakang. Enjoy!










Regards,
MN