GENTING KAMI DATANG LAGI!
Sebenarnya saya suka pemandangan di sini je, nak kata best tu taklah..
Melawat ke Melaka
Abang Wan bawa ke Melaka! Dapat tengok kota AFamosa
BESTNYA dapat tengok alpaca, ladang strawbery dan ladang teh
Pertama kali ke Cameron Highlands
Melawat ke Batu Caves
Kami naik 272 anak tangga, non-stop!
Melawat Putrajaya
Akhirnya tercapai hajat ke Putrajaya.
Wednesday, 2 June 2021
Wednesday, 19 May 2021
RAYA 2021
Setahun berlalu dan ya, kita masih di dalam pandemik COVID19. Semoga kita kekal dalam lindungan-Nya inshaAllah.
Selamat hari raya semua yang membaca posting ini.
-MN-
Monday, 22 February 2021
CARA DOWNLOAD U-TORRENT
PERNAH DENGAR TAPI TAK TAHU BAGAIMANA NAK BUAT?
Berikut tutorial download file torrent dengan mudah!
Memuat-turun file menggunakan torrent adalah sangat pantas dan selamat berbanding muat-turun biasa. Saiz file yang dimuat-turun juga besar dan boleh resume di waktu lain jika terputus talian internet mahupun anda mahu pause download anda.
Anda boleh ke pautan https://www.utorrent.com/ untuk memuat-turun aplikasi download software ataupun link ke website download torrent.
Di bawah adalah paparan Utorrent Website di mana anda boleh memuat-turun file movie, drama, software ataupun PDF melalui website. Jika anda muat-turun movie, anda boleh menonton sambil memuat-turun.
Cara penggunaan Web Torrent :
Mula-mula, sila klik icon torrent pada desktop anda. Seterusnya anda perlu download file torrent kemudian drag ke ruang yang disediakan pada laman torrent.
Anda akan dibawa ke paparan berikut;
| Cari file torrent anda kemudian drag ke ruang yang disediakan. |
| Cari file torrent anda dan drag ke ruangan yang disediakan. |
| file saya sudah siap di download. |
Cara penggunaan Software Utorrent:
Website yang menyediakan torrent file
Klik Open Utorrent. Software Utorrent yang anda install akan dibuka secara automatik. Paparan berikut akan tertera pada screen komputer anda.
![]() |
| Muat-turun selesai! |
| File game CSGO yang dimuat-turun ke folder download. |
Done!
Monday, 1 February 2021
GEGARAN DI LABUAN BERPUNCA DARI LETUPAN METEOR
Video letusan meteor yang berjaya dirakam secara kebetulan di Brunei. Kejadian ini yang bunyi letupannya didengari di Sabah, Sarawak dan Brunei awal pagi tadi (31 Januari 2021) telah menggemparkan dan menjadi tanda tanya seluruh negara. Segala persoalan ini telah terjawab dengan adanya video ini yang berjaya dirakam oleh Abd Wafiy bin Hj Rudzi melalui "dash cam" yang dipasang di kenderaan miliknya. kredit : astronomical society of Brunei Darussalam
METEOR DARI SUDUT ALQURAN
Dalam al-quran, Allah SWT menjadikan bintang-bintang itu sebagai hiasan dan juga pelempar syaitan.
"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi." (As-Saaffaat)
Dalam ayat yang lain;
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang." (Al-Mulk, 5)
Maka terjawablah apakah punca letupan dan gegaran yang berlaku kemarin. SubhanAllah.!
Monday, 18 January 2021
BLOCK IP ADDRESS DI WORDPRESS
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Baru-baru ni saya mendapat email notification mengenai cubaan untuk log masuk ke salah-satu website saya tapi cubaan tersebut gagal. So bila gagal tu wordpress pun akan lock ip address tersebut dan emailkan mengenai cubaan tu.
Ni mesti cubaan untuk hack tapi di tahap paling bahalol sekali di dunia. bangsatttt....!
Dengan menggunakan salah-satu username admin blog, dia try nak login tetapi password salah so dapatlah email seperti dalam gambar.
Dari IP address tu nampaknya orang tu dari Amerika.
Disebabkan sedikit curiga, saya pun cubalah login menggunakan username yang dibuat-buat dan masukkan password yang salah dengan sengaja.. ye lah, manalah tahu kesilapan system tu. Tapi nampaknya ia memang tepat termasuk IP address saya sendiri. So memang sahlah ada setan try merasuk ke wordpress saya tu. hahaha
Bila tengok betul-betul ada dua IP berbeza cuma pada waktu yang berdekatan pada hari yang sama.
So bila klik ip address tu ia membawa ke dua paparan berikut pula;
Disebabkan saya khuatir setan-setan ni akan cuba login lagi, so saya pun install la plugin untuk hadkan cubaan log masuk dan automatik akan block cubaan log masuk untuk waktu-waktu tertentu sebelum dapat peluang untuk masuk lagi.
Saya menggunakan Limit Login Attempts Reloaded. Plugin ni boleh cari di google mahupun di bahagian add plugin di wordpress.
Plugin ni boleh je digunakan percuma. So saya pun setkan setting berikut..BLOCK IP ADDRESS
Tu dia dah pun kena block setan dua ekor ni.
Harapnya tiada siapa lagi cuba-cuba nak log masuk. Buat apa juga, bukan ada harta karun kat situ tu.
Akhir kata...
Semoga artikel ini memberikan informasi kepada anda terutama tentang basic keselamatan website/blog anda.
3 perkara berikut perlu anda beri perhatian;
- Password yang rumit untuk dijangka
- Gunakan plugin untuk hadkan cubaan log masuk
- Block IP Address
Oklah, sampai di sini dahulu.
Bye.
Nazz/MN
Monday, 27 July 2020
20 MANFAAT DAN KHASIAT BAWANG PUTIH
20 Khasiat GARLIC
Friday, 12 June 2020
Friday, 24 April 2020
PUASA HARI PERTAMA 2020
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Puasa tahun ni subhanAllah luar biasa sekali sebab tiada bazar(of coz tiada bazir juga..) dan berada dalam PKP/MCO.. Nampak agak sedikit sukar untuk tahun ni sebab dah tak bebas bergerak sana-sini hanya untuk membeli makanan kegemaran. Alasan nak keluar macam ni ofcoz tak boleh kan..Tahun ni nak bayar zakat macamna ye?
Sekarang zaman yang sudah canggih jadi terima kasih kepada kecanggihan ini, kini ia memudahkan untuk urusan jual beli termasuklah membayar zakat.Kadar zakat adalah RM5 dan RM7.. RM5 untuk yang terjejas pendapatan akibat COVID19 dan RM7 bagi yang OK2 je semasa COVID19 ni.. hehehe..
Bazar Online
Nyum... semua nampak perfect. Tak dinafikan harga akan naik sikit sebab ada khidmat runner untuk hantarkan. Kat sini kena pakai runner sebab lebih cepat dan mudah.
Tak sangka tahun ini jadi macam ni pula.. Ingatkan tahun 2020 ini dunia semakin maju dan hebat.. Nampaknya kuasa Allah sekali lagi membukti semua ini milikNYA dan kita ini hanyalah kuman kenit yang suka membuat kerosakan sahaja.
Akhir kata..
Sebelum mengakhiri post ini, saya selaku pemilik blog ini mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita diterima hendaknya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan berdoa semoga pesakit-pesakit COVID19 segera sembuh dan semoga wabak ini akan berakhir di muka bumi ini.
Sekian.
-MN-
Tuesday, 7 April 2020
VIRUS COVID-19 - TANDA KEBESARAN ALLAH
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Tahun ini menyaksikan satu pandemik yang kini sudah meragut nyawa 69,212 pada ketika artikel ini ditulis, dan juga lebih sejuta kes seluruh dunia menurut laman web rasmi WHO.
Apa yang saya lihat...
Macam-macam ragam manusia dapat dilihat sepanjang bencana ini. Ada yang degil, ada yang suka menghina, ada juga yang didakwa kerana ingkar, ada yang kerugian perniagaannya, ada yang mendapat rezeki lebih dan tak kurang ada juga yang terserlah kebodohannya.Hakikat sebenar yang wajib kita ambil serius
Apa yang lebih tepat kita fikir sekarang bukanlah sekadar mahu survive dari pandemik ini tapi juga inilah masanya kita muhasabah diri dan nilai balik selama kita sudah hidup di bumi Allah ini.Tak ramai yang saya lihat betul-betul sedar bahawa semua musibah ini adalah bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah.
Jika kita mengambil iktibar dari kisah-kisah kaum terdahulu, sebenarnya ia tidak jauh bezanya kerana mereka juga ditimpakan musibah akibat kerja tangan mereka namun bezanya kali ini ialah kita umat akhir zaman tiada ditimpakan musibah seperti mereka tetapi sebaliknya hanya virus sekecil kuman sahaja semua umat manusia merasa kesan akibatnya.
Hebat bagaimana sekalipun teknologi ketenteraan sesebuah negara itu semuanya kalah..
Sibuk melalaikan bagaimana sekalipun hiburan dunia itupun ia pun terhenti...
Hebat macamna sekalipun negara itu ia juga jatuh tersungkur...
Untung sebanyak-mana sekalipun bisnes si kaya raya tetap juga jatuh dan besar ruginya..
Negara yang ramai rakyatnya, yang ramai orang-orangnya yang hebat semua bersembunyi ketakutan lantaran virus yang halus dan tidak nampak ini boleh menyerang bila-bila masa dari pelbagai arah.
Inilah bukti bahawa semua yang ada di dunia ini milik Allah. Dia yang berhak memberikan, Dia juga yang akan mengambilnya semula.
Tidak sedarkah betapa pandemik ini bukti Allah menarik balik nikmat yang Dia berikan?
Dia berikan kita...
- Kebebasan
- Kemewahan
- Kekayaan
- Kesihatan
- Nyawa
- Harta dan Kebahagiaan
Berdoa banyak-banyak
Bersama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi pelindungan buat kita semua dan memberi kesempatan kepada kita untuk bertaubat dan segera keluar dari musibah ini.Amin..
-MN-
Sunday, 5 April 2020
Syair Doa Abu Nawas – Al I’tiraf (Sebuah Pengakuan)
Abu Nawas adalah pujangga Arab dan seterusnya merupakan salah satu penyair terbesar sastra Arab klasik. Nama lengkap beliau Abu Ali Al Hasan bin Hani Al Hakami dan hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad (806-814 M). Dalam masyarakat umum Abu Nawas cukup terkenal kerana kecerdasan akalnya dan kecerdikannya dalam berkata-kata, sehingga banyak lahirnya anekdot jenaka yang sarat dengan hikmah.
Karya besarnya sebagai seorang penyair: Al-I’tiraaf – bermaksud, Sebuah Pengakuan.
ِإِلهِي لََسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاَ# وَلاَ أَقوى عَلَى النّارِ الجَحِيم
فهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذنوبِي # فَإنّكَ غَافِرُ الذنْبِ العَظِيْم
ذنوبِي مِثلُ أَعْدَادٍ الرّمَالِ # فَهَبْ لِي تَوْبَةً يَاذَاالجَلاَل
وَعُمْرِي نَاقِصٌ فِي كُلِّ يَوْمٍ # وَذنْبِي زَائِدٌ كَيفَ احْتِمَالِي
َإلهي عَبْدُكَ العَاصِي أَتَاكَ # مُقِرًّا بِالذنوبِ وَقَدْ دَعَاك
َفَإِنْ تَغْفِرْ فَأنْتَ لِذاك أَهْلٌ # فَإنْ تَطْرُدْ فَمَنْ نَرْجُو سِوَاك
Syair ini juga disampaikan dalam versi lagu dari pelbagai artis. Anda boleh buat carian di youtube untuk versi-versi lagu klasik dan terkini.
rujukan klik sini
Popular Posts
-
ELAKKAN DARI JADI MANGSA SCAM! SEMAK DAHULU INFO PENIAGA ONLINE MELALUI WEBSITE KHAS INI Zaman sekarang ni ramai sangat penipuan atas tali...
-
Tu la buruknya berfikiran negatif... selalu nak sabotaj diri sendiri dan orang lain. Namun bila kita 'push' keupayaan sampai ke ...
-
Koleksi Lawak Suami Isteri Kisah Cermin Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ...
-
Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang...
-
Bahan-Bahan Ayam Mentega Telur Masin: 200gm Ayam (Didadu) 1 Sb Tepung Gandum 1 Sb Tepung Jagung 1/2 sk Garam 1/2 sk Lada Sulah 3 S...
-
O.M.G..!!!! Banyak-banyak entry boleh ditulis, yang ni pulak di pilih.. hahaha~ Ok la mari straight to the point, sekarang mari kita ...
-
Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu boleh...
-
Kali ni saya nak sharekan koleksi-koleksi gambar karakter Thor ni.. Boleh tahan juga popularnya yer.. Jom layannnnn..... [Apa? Nak ma...































