Featured post

Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur

Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur Kuala Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau kesibukan kota yang ...

Sunday, 19 June 2016

Barbell & Dumbell


Assalam..


Hari ni hari ahad dah masuk hari ke-14 dalam bulan ramadhan.. Dah dua minggu puasa secara tak sedar.. Kalau tak tengok kalendar memang tak tahu dah hari ke berapa sebab syok sangat puasa kali ni ditambah dengan fitness.

Antara senaman yang seronok dibuat adalah yang menggunakan dumbell. Ia flexible dan boleh dibuat di mana-mana sahaja.

So kiranya senaman nak bina ototlah ni.. Kalau nak serius bina otot bolehlah ikuti senaman di bawah mengenai Dumbell(bukan barbell yer sebab makan ruang sikit).

Kalau dah rasa 'ringat' dumbell tu, itu tandanya otot dan kekuatan lengan dah bertambah. So boleh la tambah berat lagi. Tambah berat dumbell akan menghasilkan size otot lengan yang lebih besar dan kuat!

Dan tak lupa, jangan lupa jaga pemakanan pulak. Nak ada otot yang lean tanpa lemak, kena banyakkan ambil karbohidrat komplex selepas senam dan paling penting pengambilan protein untuk mengekalkan jisim otot serta menambah size otot.

So teruskan bersenam ya!!


Side plank bagus untuk oblik(bahagian sisi badan), bagi yang ada gempal sikit kat tepi, nak bakar lemak boleh try senaman di bawah ni.



Ok lah, sampai sini dahulu.

Hingga jumpa ke post berikutnya.

Sekian.
MN

Friday, 10 June 2016

MODAL RM4, DAPAT RM100, KUASA PENGIKLANAN FB ADS

Assalamualaikum wbt..


Selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan almubarak yang penuh berkat. Moga sihat hendaknya selalu...

Hari ni nak kongsi tips bagaimana hendak menjana wang dari facebook menggunakan fbads(fb advertising) dengan modal minima RM4 untuk pemasaran sehari.

Perkara penting yang perlu take note sini adalah;

  1. produk yang mempunyai conversion rate tinggi
  2. website menjual/terima payment
  3. produk yang mempunyai permintaan tinggi/nich market


So dari semua tu anda boleh setkan fanpage untuk mengumpulkan follower kepada produk tersebut dan jalankan fbads untuk mendapatkan pembeli yang berpotensi..


Produk mempunyai conversion rate tinggi

Bermaksud produk yang mudah terjual kerana anda pasarkan kepada sekumpulan orang yang berminat dengannya. Ia juga bermaksud traffic atau pelawat yang ditukarkan kepada pembeli. Maka produk yang tinggi conversion rate, dalam bahasa lainnya adalah produk mudah dijual kepada pelawat dari iklan anda.

Sebagai contohnya jika di bulan ramadhan ini pastinya produk-produk berkaitan kuih-muih/biskut raya dan baju raya. So target costumer anda adalah penggemar kuih raya atau pembeli baju raya kerana permintaan akan tinggi pada bulan puasa ini.

Product yang sesuai + bulan puasa = Conversion rate tinggi


Website menjual/menerima payment

Ini adalah part paling penting dan kritikal. Anda wajib ada kedai jika hendak menjual. Untuk urusan ini, anda wajib ada satu laman website menjual untuk maklumat produk anda dan cara-cara payment produk anda. Zaman sekarang cukup mudah dimana orang cuma postkan sahaja iklan dan meminta 'PM' dari prospek produk. Ia berkesan juga tetapi adalah lebih baik jika punyai website kerana melalui website itu, pelanggan/prospek hanya akan tertumpu pada produk anda tanpa ada iklan-iklan lain yang boleh alihkan perhatian dia.

urusan payment juga akan lebih kemas dan teratur tanpa anda pening nak jawab soalan ulang-ulang dari customer yg ramai. Hanya perlu sediakan ruang bayaran dan itu sudah cukup untuk menjawabkan soalan bagi pihak anda.

Produk yang punyai permintaan tinggi

Produk yang punyai permintaan tinggi adalah produk yang mempunyai trend pembelian yang tinggi kerana sesuatu fesyen(jika anda menjual baju) atau kuih/biskut kerana keunikan produk itu. Selain itu faktor diskaun juga akan menjadikan sesuai produk itu mempunyai permintaan tinggi.

Dropship
Dropship adalah cara altenatif jika anda tidak punyai produk sendiri. Anda boleh sertai perniagaan dropship secara percuma atau bayaran minima. Melalui ini anda dapat kenal-pasti ketiga-tiga ciri diatas terhadap produk yang ditawarkan. Satu kelebihan dropship ini adalah anda tak perlu setkan website sebaliknya cuma perlu dapatkan pembeli dan selebihnya anda serahkan pembeli itu kepada penyedia dropship anda! mudahkan?

Jika berasa ia sesuai dan boleh jual, so tunggu apa lagi, setkan fanpage, isikan maklumat produk dan mulailah beriklan!
Topup RM3 jer.. hehehe.. Oleh kerana masih ada baki dari kempen pengiklanan terdahulu, so bolehlah tambah dengan RM3 ini jadikan ia RM4.. Very small bajet kan? Saya rasa semua orang mampu nak beriklan RM4 ni. :)


Saya terima pembeli berberapa jam kemudian melalui paypal. So kalau dah paypal ni maksudnya pelanggan luar dari Malaysia.. I mean Brunei, Indonesia dan Singapore lah.. So yang ni dapatlah customer dari Brunei.

Wow macam bestkan?? Saya dapat dari Brunei sebab saya setkan audiens tu untuk Brunei, so ikan saya akan dipaparkan di bahagian Brunei sahaja. Paypal adalah cara terbaik sebab ia boleh uruskan pembelian kad debit/kredit dari pelanggan. Tolak caj sikit so dapatlah RM93.60.

Iklan saya ni boleh tahan juga 'reach'nya sebab RM4 tu cuma dalam jangkaan bawah 400 orang sahaja tetapi semenjak ia adalah produk yang tinggi coversion rate dan nich tinggi maka ia cepat viral dikalangan luar dari reach.. Boleh jadi ia adalah rekomendasi dari prospek itu kepada prospek lain seperti kawan atau keluarga.

Dalam masa saya menulis iklan ini, saya terima lagi 1 jualan bernilai RM100 melalui CIMBCLICKS.. Maka secara totalnya kini sudah mencapai RM193.60 hanya dengan bermodalkan RM4 sebagai pengiklanan. Untuk maklumat semua, produk yang saya jual ini adalah produk digital yang saya hasilkan sendiri, jual dan simpan untung 100%. hehehehe.. So tak ada kaitanlah dengan produk-produk baju raya dan kuih raya tu yer.. cuma nak bagi idea jer.


Okeylah sampai sini dahulu.

Nanti saya akan share-kan lagi info-info menarik mengenai internet marketing laman sosial ini di masa yang akan datang inshaAllah.

Sekian.
Wsslm..

MOHDNASYIT




Tuesday, 24 May 2016

Cantikkan foto menggunakan kaedah khas photoshop


Assalam..

kadang-kadang dah snap foto tapi masih rasa tak puas hati lagi hasilnya. So mulalah nak cari software editing untuk 'mencantikkan' foto. Akan tetapi masih juga tak puas-hati..
Well kalau pernah rasa begitu, try-lah photoshop photo anda! Bukan bermaksud nak ubah fizikal yer.. heheheh.. ubah warna jer..

2 jenis editing yang saya paling suka iaitu;
1 - ubah warna kasi terang(HD)
2 - ubah jadi kartun

Jom lihat photo yang sudah diubah-suai..




Lain-lain foto..







Best kan dapat kasi jadi HD ni?... :)

Sekian dulu.

MOHDNASYIT

Chest Workouts

Mens Chest Workouts – Most effective chest workouts


Bench Press – Flat

Incline Bench Press

Decline Bench Press


Dumbbell Press

Incline Dumbbell Press

Decline Dumbbell Press

Push Up

Dumbbell Fly’s

Dumbbell Incline Fly’s

Dumbbell Decline Fly’s

Dips

Sumber : http://www.all-bodybuilding.com/




Sunday, 15 May 2016

Photo Editing

Ubah-suai gambar guna Teknik khas retouching image

Assalamualaikum wbt.


Lama rasanya ye tak update blog ni? Biasalah sibuk dengan bermacam-macam urusan sejak kahwin ni so memang jarang ada masa untuk blog ni.. Antara perkara yang disibukkan tu adalah;

1 - bercinta dengan wife
2 - mencintai wife
3 - ulang proses 1 dan 2

hahaha..!! apalah ini semua??

Hajat lama tercapai

Dah lama berhajat nak belajar photoshop ni tapi macam biasalah(kalau tak biasa buat-buat sahaja la sudah biasa), susah nak dapat info yang tepat yang betul-betul kita perlukan. Banyak kursus dan buku diluar sana cuma ajarkan asas-asas tapi masih tak cukup untuk membantu menghasilkan photo-photo editing yang cun-melecun..

So ditakdirkan datanglah bergolek satu ilmu photoshp dari langit tanpa usaha... hihihi.. Dan hasil dari belajar ilmu tersebut dapatlah edit-edit photo sedikit.. Alhamdulillah..

So let's check it out!


Perhatian - ada sesetengah foto ni di ambil pada resolusi rendah, so faham-faham sajalah kalau ada kabur-kabur tu.. hehehe.. Sila klik foto untuk besarkan yer. Tq.

Sebelum 'retouching'
Selepas teknik 'retouching'

 Jom lihat berberapa gambar lain!


Old Town White Coffee Labuan
UMSKAL

waterpark

ujana kewangan

hari raya 2015

BBQ

anak buah


Teknik Photo color grading -






Brian Tracy

Saya sentiasa berpegang dengan nasihat beliau mengenai ilmu - sentiasa upgrade skill dan tambah ilmu baru. Kata-kata ini adalah apa yang telah membentuk saya hingga hari ini.

Photoshop ni susah ker..?

Sebenarnya tak susah, yang penting carilah ilmu dahulu dan ia tak semestinya mahal sebab sejujurnya ilmu yang saya pelajari ini kos cuma RM113(bawah RM120.. saya tak ingat sebenarnya.. hehehe)

Ramadhan is UpNext..

Ramadhan kini tinggal berberapa minggu lagi. So sekarang BZ untuk perancangan ramadhan nanti pulak lagi lah.. Macam biasa, nak berniaga lagi pulak.. hehehe..

So sampai sini dahulu entry ni.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum wbt.

-Nasyit-