Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.
Sir Charles Spencer Chaplin Jr., lahir pada 1889, merupakan pelakon komedi legenda era filem bisu & peralihan ke filem bersuara Hollywood sekitar 1910-an & 1920-an. Beliau yang masyhur dengan wataknya The Tramp, juga pembikin filem yang disegani. Melayari lebih 75 tahun karier dalam dunia perfileman, Chaplin menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Krismas 1977 di usia 88 tahun. Jasadnya bersemadi di sebuah perkuburan berhampiran rumahnya di Corsier-sur-Vevey, Switzerland. Namun pada 2 Mac 1978, kira-kira 2 bulan selepas dikebumikan, kuburnya dibongkar & jasadnya dicuri bersama keranda. Hal itu disedari oleh penduduk sekitar yang melaporkannya kepada polis, lalu siasatan & pemburuan si pelaku dilancarkan. Tidak kama kemudian, balu Chaplin, Oona mula menerima panggilan telefon yang meminta wang tebusan sebanyak USD600,000. Malah si pemanggil itu mengugut sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, nyawa 2 anak kecil Oona akan diancam. Begitupun, Oona enggan akur. Pada masa sama, polis memintas talian telefon kediaman Chaplin & mengawasi 200 pondok telefon di sekitar wilayah itu. Selepas 5 minggu, akhirnya pelakunya berjaya diberkas - 2 orang mekanik bernama Roman Wardas & Gantscho Ganev. Ia membawa kepada penemuan semula jasad Chaplin pada 17 Mei yang mereka tanam di ladang jagung kira-kira sebatu dari kediaman keluarga Chaplin. Disember itu, mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak kubur & cubaan memeras ugut. Wardas dari Poland & Ganev dari Bulgaria, mengaku bersalah & menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai penyelesaian kepada kesempitan kewangan memandangkan kedua-duanya adalah pelarian politik dari Eropah Timur. Wardas yang didapati sebagai dalang dihukum 4 tahun setengah kerja berat & Ganev diberi amaran supaya tidak melakukan kesalahan sama selama 18 bulan. Jasad Chaplin dikebumikan semula di tempat asalnya & ditutup dengan konkrit. Sumber: History, Smithsonian MagazineFeatured post
Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur
Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur Kuala Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau kesibukan kota yang ...
Wednesday, 2 March 2022
Saturday, 20 November 2021
Legenda paus gergasi yang menenggalamkan kapal pemburu paus pada tahun 1821
Hari ini 201 tahun yang lalu, kapal pemburu paus ‘Essex’ karam diserang seekor paus sperma. Pada 12 Ogos 1819, ‘Essex’ berlepas dari Nantucket menuju Selatan Laut Pasifik untuk memburu ikan paus sperma. Dengan 20 anak kapal pimpinan George Pollard, Jr., perjalanan mereka dijangka berakhir dalam tempoh 3 tahun. 2 bulan kemudian, ketika di perairan Rio de Janeiro, mereka memperoleh tangkapan pertama. Januari 1820, ‘Essex’ memasuki Selatan Pasifik & menangkap lagi 10 ekor paus di perairan Peru. Lewat Mei, mereka memutuskan untuk berlayar lebih jauh ke tengah. Mereka singgah dahulu di beberapa lokasi untuk menambah bekalan & membetulkan kebocoran kapal sebelum meneruskan perjalanan pada lewat Oktober 1820. Pada pagi 20 November, ikan paus ditemukan & segera dilancar 3 bot buruan.
Bot pimpinan pembantu kapten, Owen Chase kemudian rosak & terpaksa kembali ke kapal induk. Ketika bot sedang dibaiki, seekor paus lagi dikesan dekat dengan kapal, dianggarkan sepanjang 26 meter, saiz lazim seekor paus sperma jantan dewasa. Tak semena-mena, paus tersebut melulu laju ke arah ‘Essex’ lalu menghentam bahagian kirinya. Ia melintasi bawah kapal, timbul semula di permukaan & melancarkan serangan habis-habisan sehingga kapal rosak teruk sebelum beredar dari situ. Apabila ‘Essex’ akhirnya tenggelam pada 22 November, kesemua kru terpaksa menaiki 3 bot yang tinggal, diterajui oleh Pollard, Chase & penolong kapten kedua, Matthew Joy. Dengan bekalan makanan amat terhad, mereka bergerak mencari daratan. Berpuluh hari mereka di lautan dirundung kebuluran, dehidrasi, hingga seorang demi seorang mati. Untuk terus hidup, kru yang telah mati terpaksa dimakan. Tidak cukup, mereka terpaksa mencabut undi untuk menentukan siapa korban seterusnya. Akhirnya selepas lebih 3 bulan, hanya 8 orang yang ditemukan hidup & diselamatkan. Sekembalinya ke Nantucket, Chase menulis memoirnya yang kemudian menjadi inspirasi kepada Herman Melville, novelis New York untuk menulis ‘Moby-Dick’ (1851). *Gambar lakaran & catatan salah seorang anak kapal, Thomas Nickerson tentang tragedi itu. Sumber: Britannica, Wikimedia CommonsKarya Chase menginspirasi Herman Melville's - Moby Dick (1851).
Wednesday, 17 November 2021
APA PERLU ANDA BUAT JIKA TERTUKAR URL WORDPRESS ANDA?
Hai..
Relax. Pertama sekali adalah bertenang. Masalah utama di sini adalah apabila anda menukar alamat URL wordpress anda kepada alamat yang lain kemudian website tersebut tidak dapat diakses lagi. Bila dah tak dapat akses, nak tukar semula ke alamat asal pun tak dapat. Macamana nak ubah, nak buka dashboard pun tak dapat. Huh, panik dibuatnya.
Jangan risau. Dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana untuk selesaikan semula masalah tersebut.
Tutorial baiki masalah URL Wordpress yang tersalah-ubah.
- SiteURL
- Home
-MN-
17/11/21
Thursday, 12 August 2021
Tuanku Sharif Kedah
Tuanku Said Muhammad Ibni Tuanku Said Muhammad Shahbuddin (Tengku Kedah).
Lahir dan dibesarkan di Mekah, berhijrah ke Kedah dan W.P.Labuan pada tahun 1896M (1313H/1314H). Beliau adalah seorang pedagang dan pendakwah.
Sebelum menetap di W.P.Labuan, beliau pernah menetap selama dua (2) tahun di Kuching, Sarawak.
Meninggal dunia pada tahun 1943M (1361H/1362H/1363H) ketika berusia 116 tahun di Kg. Ranca-Ranca W.P.Labuan.
Tengku Kedah atau lebih dikenali dengan nama 'Tuanku' ataupun 'Sharif Kedah' adalah salah seorang yang amat dikenali terutama bagi masyarakat lama di sekitar W.P.Labuan dan kawasan berdekatannya. Beliau merupakan salah seorang penyebar agama islam yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Tidak banyak maklumat berfakta yang diketahui tentang beliau selain daripada cerita-cerita lisan daripada orang-orang yang pernah mengenali beliau.
Sebab musabab kepada gelaran 'Tengku Kedah / Sharif Kedah' juga tidak dapat dipastikan puncanya. Berkemungkinan Kedah adalah tempat pertama beliau jejaki di rantau ini sebelum berhijrah ke W.P. Labuan menyebabkan masyarakat setempat mengelarnya Sharif dari Kedah ataupun ringkasnya 'Sharif Kedah', ataupun berkemungkinan juga ada di antara golongan orang lama di Kedah sendiri yang mengenali ataupun mengetahui akan sejarah beliau yang mungkin dapat menjelaskan akan biodata lanjut Syarif Kedah itu sendiri.
Makam Sharif Kedah
Status Tengku Kedah ini juga, samada mempunyai keluarga atau tidak selama beliau berada di kepulauan Borneo ini juga tidak dapat dipastikan, ada juga khabar angin menyatakan beliau mempunyai anak angkat, tidak tau sejauh mana kebenarannya.
Dipetik dari blog http://daengsaring.blogspot.com/
Jalan baru yang menyambungkan kampung Patau-patau dengan Kampung Batu Arang dinamakan sempena nama Tuanku Sharif Kedah.
P.S : Khabar mengenai anak angkat tersebut adalah benar memandangkan lokasi yang dimaksudkan di Kg. Lajau(berdekatan alamat lama admin) di dalam ruang komen. Jika admin tidak silap, orang yang dimaksudkan adalah seorang guru agama dan admin sempat mengaji al-quran bersama beliau. Saya juga sempat menziarahi ke rumah keluarga beliau semasa beliau meninggal dunia di Kg. Sungai Bedaun.
-MN-
Thursday, 15 July 2021
SURAH TOHA - Surah yang melembutkan hati Saidina Umar Al-Khattab kepada Islam
Dalam perjalanan, beliau Bertemu dengan Abdullah An-Nahham Al-‘Adawi, Seorang laki-laki dari Bani Zuhrah....(ada setengah riwayat mengatakan Saad bin Abi Waqqas).....
Fatimah berkata, "Hai Umar....tubuh kamu Kotor, dan tidak boleh menyentuh lembaran ini,... kecuali bagi orang yang bersuci.... Mandilah dan sucikanlah diri mu terlebih dahulu !.."
3. إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ
4. تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلْعُلَى
5. ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
2.Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah,
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.(Taha : 1 - 5)
Umar meneruskan lagi bacaan sehingga sampai pada ayat 20:014
14. إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ
Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha : 14)
-
Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu boleh...
-
16 Sept. 2014 - selamat hari jadi cik tunang tersayang!! Alhamdulillah.. hari ini genaplah ke 24 tahun buat cik tunang tersayang sofinah l...
-
Momen-Momen Bandar: Koleksi Foto Sepanjang Perjalanan di Kuala Lumpur Bandar Kuala Lumpur sentiasa memberi rasa yang sukar digambarkan deng...


















