Featured post

KL 2025 - PART 6: Malam di Kwai Chai Hong – Suasana Retro di Tengah Bandar

Selepas perjalanan panjang dari Melaka, kami singgah ke Kwai Chai Hong pada waktu malam — satu kawasan kecil di antara bangunan lama Chinat...

Sunday, 23 September 2012

cara tukar saiz pendrive 2GB kepada 4GB


1. Muaturun file tersebut disini.
2. Kemudian extract dan klik pada Drive Increaser 2.
3. Format pendrive tersebut.
4. Masukkan filename pendrive dan ikut langkah seterusnya.
5. Siap.


sebelum
selepas.

Dan sekarang pendrive korang yang saiznya agak kecil akan bertukar ke 4GB. Wah???
Ok silakan mencuba-try-test sendiri...

 
CREDIT : IZZAT DANIEL



Tepi Pantai...





Telah masuk 4 tahun kerja kat rumah tp x pernah ajak family keluar... hahahhaa~

Hari ne bawa family bersiar2 kat tepi pantai.. best jga kan sekali-sekala or mybe lbh bagus berkala-kala... hahahahahahhahahahakssss








Jiwang-jiwang sikit yer.. hehehe.. :-)

Yang Tulus Ikhlas,
Nasyit


Muka gadis yang cantik ini menjadi tidak cantik selepas pembedahan







Tu la namanya tak bersyukur dengan apa yang ada. Dah cantik nak jadi lebih cantik. Last-last cantik pun tidak malah jadi 'cacat'....

SEBELUM..













SELEPAS.


SEBELUM DAN SELEPAS.

 

 

Perasan tak kecacatan kat wajah tersebut? -Dagu nampak pelik..

Teringat pulak kat kartun di bawah ni...


HAHAHAHHAA...... lain kali bersyukur la dgn apa yang ada tu yer...
Karang tuhan tarik balik baru menyesal. :p


Saturday, 22 September 2012

Kedutaan Amerika enggan turun terima memorandum bantah Filem Anti-Islam

SEBENTAR tadi berlangsung sebuah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Pemuda Parti Islam, PAS membantah penerbitan filem anti-Islam "Innocence of Muslim" di ibu negara.

Ribuan rakyat, dianggarkan oleh portal Malaysiakini, 5000 berarak menuju ke Kedutaan Amerika dan berhimpun di situ bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan filem yang menghina Rasulullah itu.

Namun pihak kedutaan Amerika enggan turun untuk menerima memorandum bantahan yang dihantar oleh Pemuda Parti Islam, PAS sebaliknya sekadar menghantar ketua keselamatan mereka.
   

Turut hadir pemimpin KEADILAN, YB Nurul Izzah serta pimpinan bukan Islam daripada KEADILAN, YB Tian Chua, YB Sivarasa dan N Surendran.
   

Pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam Filem Gerak Khas, Abby Abadi turut menyertai himpunan ini.



Lagi gambar-gambar himpunan ini boleh didapati di [Liang Lahad]

Thursday, 20 September 2012

SaysdotCom - Unlimited Free Money





Assalam...

Korang dah daftar tak kat SaysdotCom ni?

SaysdotCom ni adalah sebuah syarikat pengiklanan berdaftar..

Berikut maklumatnya:

Malaysia's Social News Network
Lot 7.08B, Level 7,
1 Tech Park,
Tanjung Bandar Utama,
Bandar Utama 47800,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: +603 7731 7583
Fax: +603 7731 7683

Cara bisnes ni berfungsi adalah dengan berkongsi iklan di laman sosial blogger, facebook dan tweeter. Keuntungan akan di jana melalui klik. Simple kan? Cuba tengok kat bawah neh..


Biar sikit-sikit, lama-lama jadi gunung.. hehehe... :D

BTW, minimum payout adalah setelah mencapai RM50 ringgit.

Lebih menarik dari itu ialah ianya PERCUMA sahaja. So tunggu apa lagi? daftar la sekarang!




Wednesday, 19 September 2012

Cik Sofie yang nakal.






Hello hello hai...!!

assalamualaikum wbt..

Cik Sofie ni boleh tahan nakalnya juga.. tgk jer kat bawah ni...

Aku tlg sikit jer yer... x lebih2... hahahaa

FULL STORY kat sini yer >>> http://www.sofinahlamudin.com/

Katanya harini ada org yg tetiba marah kat mereka yg tgh syok gelak2 kat outlet mereka.

Anak sapa la yg bgtu perasan yer.. lain yg digelakkan lain pulak yg terasa.. kahakahakaha....

Apa-apa jer la yer Cik Sofie. hehehe

Sayang Cik Sofie! :-)

Monday, 17 September 2012

Doa Murah Rezeki

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu, syukur ke hadrat-Nya dengan limpah kurnia-Nya yang telah memberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berlalu. Sambil2 berehat bersama keluarga, setalah melepaskan penat seharian bekerja terlihat aku beberapa naskah buku yang aku perolehi tidak lama dahulu dan salah-satunya adalah “Doa Murah Rezeki”.
Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah al-Baqara - 2:186
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Di sini ingi aku kongsikan bersama beberapa doa:
1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Maidah - 5:114
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.
2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah at-Taubah - 9:129
Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Hud - 11:6
Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah al-Fathir - 35:2
Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Qasas - 28:24
Maksudnya: ”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
9. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah asy-Syuara - 42:19
Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
 

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah at-Talaq - 65:7
Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”