Wednesday 27 December 2017

Ulangtahun ke-3 kami

Assalamualaikum readers..


Ehem...cepatnya masa berlalu kini sudah genap 3 tahun rupanya. 3 tahun sudah bergelar suami orang dan sudah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah.


Couple tak syok. Nikah barulah best..

Dah couple lama-lama ni sampai bila kan? So bila dah jumpa yang serasi, tak tunggu lama saya ambil keputusan untuk bertunang dan setahun kemudian kami pun nikah. Nikah ni best sebab itulah matlamat sesuatu perhubungan. Betul tak? :)

Nak uji sejauhmana pasangan anda serius? ajaklah dia nikah.

Sempena ulang-tahun kali ni ingat nak pergi ke tempat-tempat yang selalu lepak dan barbeque dulu-dulu tapi disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan seperti hujan, kuat angin dan faktor masa dan lokasi yang banyak sangat ni jadi tak dapatlah nak pergi semuanya.


Tempat lepak wajib -McD. Sini port paling bagus untuk tambah berat badan dalam masa singkat, pantas dan berkesan. Tak caya? trylah sendiri.

Lepas tu terus pergi ke kedai kek Olive. Kat sini memang sedap keknya tapi...tak dapat habis kalau makan berdua. Jadi ambi slice sajalah.. Next sudah pasti akan kemari lagi untuk order kek. Lebih sedap dari O***** cafe tu. hahaha.. 


Saya fan kepada barista coffee tapi bukan yang ni.. aduhai manisnya. Macam sampai malam 'kesannya.'



Sebelah malamnya pergi dinner pula bersama mentua. Jika ada kesempatan inshaAllah pergi dinner lagi. Kali ni tempat yang tak sejuk pula la. Sejuk bukan main tempat ni.. hahaha...

Baju couple kali ini...

Dah kahwin semua nak sama. Warna baju, handphone malah hobi pun semua sama. hahaha... Barulah sejoli kan. Baju 'King Queen' ni adalah kenangan untuk ulangtahun kali ni.


Saya kurang arif sikit bab-bab begini tapi kita layankan je la kemahuan dia.. Nak sweet-sweet semuanya.. maklumlah perempuan.

Throwback dan throwback..

3 tahun kahwin dan 2 tahun perkenalan. Banyak memori sudah dirakamkan dalam bentuk gambar. Melihatnya akan membuatkan rasa rindu walaupun hari-hari bersama. :)

Si dia jer rajin ambil foto-foto ni.. Kalau saya ni rasanya malas sikit. Tapi apapun, beruntung jugalah sebab foto adalah cara terbaik untuk mengimbau kenangan lalu. So lepas ni kena rajin-rajinlah juga ambil foto. hehehe...


Bila pergi semula tempat ni nampaknya sudah tiada buaian tu.. Chehh... tak dapatlah nak bergambar lagi macam kat gambar ni. 


Foto atas ni diambil sempena sambut birthday. Terima kasih atas memori terindah! Sejujurnya dalam banyak-banyak moment, yang ni paling diingati.. hahaha...

Selain tu, moment seperti BBQ juga antara yang best. Sebab hampir semua tempat kita pergi BBQ.


Waktu ni rajin je nak try resepi baru untuk BBQ. Jagung, Ikan, Ayam.. macam-macam.. Then tukar lokasi dari bandar sampailah ke kampung. Tak Ok, pindah lagi. Dah Ok pun pindah juga. Oh, angin kuat situ. Kita pindah sanaaaaaa.... hahahahaha....

Donut

InshaAllah tahun depan yang tinggal berberapa hari sahaja lagi ni nak sambunglah plan asal yang sepatutnya dibuat iaitu buat kuih donut. 


Teringat mula-mula buat donut ni tak menjadi. hehehe.. Bentuknya agak pelik tapi hinggalah ia menjadi. So inilah buktinya 'never giveup' itu memang penting kalau nak buat sesuatu. Buatlah hingga sukses.


Susah ke buat donut ni? Kalau donut biasa-biasa tak susah tapi kalau nak buat yang ada ramuan rahsia ala-ala KFC konfom la susah.

Terima kasih cinta

Terima kasih untuk 3 tahun ini sebagai suami-isteri dan setia bersama dikala susah dan senang. Itulah perkara yang tidak boleh dijual-beli kerana nilainya itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit.


Kasih sayang sepasang kekasih. Mesti tumbuh di dalam hati. Agar cinta tetap abadi. Cinta bersemayam hingga mati. 

Song for you

Ingat lagi lagu ni? hehehehe... just for you!




Akhir kata dari saya, semoga kita kekal ke syurga dan membina keluarga bahagia, berjaya dan menjadi contoh inspirasi kepada orang lain.

Okeylah sampai sini dahulu.

Always love you.

MNN
27/12/17





Share:

2 comments:

Sofinah Lamudin said...

Thanks entri yang suweett ni darling. I love you more...

mohd nasyit nooh said...

urwelcome dear..!

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


ENJIN CARIAN GOOGLE