Apakah penggunaan kad merah dan kuning sudah dikenali seperti
sekarang ini sejak bola sepak moden muncul? Jawapannya tidak. Kad merah
dan kuning baru diperkenalkan pada Piala Dunia 1970.
Namun, inspirasinya muncul pada Piala Dunia 1966, pada perlawanan suku
akhir antara tuan rumah England dan Argentina. Pengadil pertandingan
itu berasal dari Jerman, yakni Rudolf Kreitlein.
Kerana melakukan terjahan yang kuat, kapten Argentina, Antonio Rattin,
dikeluarkan oleh Kreitlein. Namun, Rattin tak paham apa maksud pengadil
yang berasal dari Jerman itu. Dia pun tak segera meninggalkan padang
bola.
Pengadil England yang turut bertugas di pertandingan itu, Ken Aston,
kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit pengetahuan dalam bahasa
Argentina, dia merayu Rattin untuk meninggalkan padang. Sebabnya,
pengadil pertandingan, Rudolf Kreitlein, hanya tahu bahasa Jerman dan
Inggris, ia kesulitan menjelaskan keputusannya kepada Rattin.
Kerana hal ini, Ken Aston kemudian berpikir. Perlunya komunikasi
universal yang dapat difahami semua orang, ketika pengadil memberi
peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan
demikian, pengadil tak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang
mungkin tak diketahui pemain.
Suatu hari, dia berhenti di persimpangan jalan. Melihat lampu lalu
lintas, dia kemudian mendapatkan idea. Kemudian, dia mencadangkan supaya
pengadil dibekalkan kad kuning dan merah. Kad kuning untuk memberi
peringatan kepada pemain yang melakukan pelanggaran. Manakala kad merah
untuk perlanggaran yang teruk, dan pemain yang melakukan pelanggaran
itu mesti keluar dari padang.
Idea itu diterima FIFA. Pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah kali
pertama digunakan. Akan tetapi, sepanjang Piala Dunia 1970 tak satu pun
pemain yang dilayangkan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat
dilayangkan sehingga kad merah tak digunapakai pun pada Piala Dunia
1970.
Mesti pun idea tersebut datang daripada pengadil Inggris, negara itu tak
serta merta menerapkannya di pertandingan bola di negara mereka. Kad
merah dan kuning baru digunakan di kejohanan bola sepak Inggris pada
1976. Disebabkan pengadil kemudian terlalu mudah melayangkan kad dan
diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada 1981 dan
1987.
Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan,
kad-kad peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna seperti
lampu lalu lintas: hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan,
kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk
mengeluarkan pemain secara kekal.
the end...... layan pulak gelagat-gelagat pemain bola sepak yang dilayangkan kad::
wakaka kesian reff tu kan.. hahahhaaa!!!