Setahun berlalu dan ya, kita masih di dalam pandemik COVID19. Semoga kita kekal dalam lindungan-Nya inshaAllah.
Selamat hari raya semua yang membaca posting ini.
-MN-
meta name="google-adsense-account" content="ca-pub-5468115632165255"
Alhamdulillah dapat juga akhirnya membawa wife bercuti ke KL!
My favourite recepi!
Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank
Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.
Setahun berlalu dan ya, kita masih di dalam pandemik COVID19. Semoga kita kekal dalam lindungan-Nya inshaAllah.
Selamat hari raya semua yang membaca posting ini.
-MN-
Berikut terjemahan dari surah.my:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya(1)
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,(2)
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,(3)
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,(4)
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;(5)
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.(6)
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;(7)
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).(8)
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?(9)
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?(10)
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.(11)"
Tahukah anda, apakah makna Al ‘Adiyat?
Tahukan anda, apakah makna Dhobha?
Tahukan anda, apakah makna Al Muriyati Qadha?
Tahukah anda, apakah makna Al Mughirat?
Tahukah anda, apakah makna Naq’a?
Begitu juga, tahukah anda apakah makna Kanud?
Kalau anda belum tahu maknanya, tidak apa-apa, mari kita kaji bersama.
Rahsia Allah bersumpah dengan kuda, ketika kuda-kuda itu marah dan menyerang musuh.. bersumpah dengan nafas-nafas kuda, dengan debu-debu yang dihasilkan oleh langkah kakinya
![]() |
ladam kaki kuda diperbuat dari besi, akan menghasilkan percikan api ketika menyentuh batu-batu keras |
Ketahuilah, kuda melakukan semuanya itu demi menyenangkan tuannya yang menungganginya. Padahal, kuda itu sebenarnya tidak tahu apa-apa. Kuda sanggup melakukan apa saja yang diinginkan oleh tuannya.
Kerana tuannyalah yang memberinya makan dan memeliharanya. Ini merupakan cara kuda itu membalas budinya kepada tuannya.. Subhanallah..
Sekarang kita faham, apakah maksud Allah mengingatkan kita tentang kuda itu? Allah seolah-olah ingin mengatakan, kuda itu patuh kepada tuan yang memberi makan dan memeliharanya, kenapa manusia tidak mahu patuh kepada Allah, yang Maha Memberi, Mengurus dan Memerhatikan seluruh urusannya?
Kerana itu, Allah menegur kita, dengan ayatnya “Inna al-Insana li Rabbihi la Kanud” (Sesungguhnya manusia itu benar-benar tidak mempunyai rasa terima kasih kepada Tuhannya).
Meskipun Allah telah memberi berbagai nikmat kepada kita, bahkan tak terhitung jumlahnya, tetap juga kita tidak mengakuinya. Tidak puas dengan keadaan kita. Selalu saja kita murka dengan keputusan-Nya. Musibah pertama adalah tatkala kita mempersoalkan kebijaksanaan dan keadilan Allah. Kecuali orang yang dikasihi oleh Allah SWT.
Itulah bezanya manusia dengan kuda. Sikap dan perlakuan terhadap tuannya.
Memuat-turun file menggunakan torrent adalah sangat pantas dan selamat berbanding muat-turun biasa. Saiz file yang dimuat-turun juga besar dan boleh resume di waktu lain jika terputus talian internet mahupun anda mahu pause download anda.
Di bawah adalah paparan Utorrent Website di mana anda boleh memuat-turun file movie, drama, software ataupun PDF melalui website. Jika anda muat-turun movie, anda boleh menonton sambil memuat-turun.
Mula-mula, sila klik icon torrent pada desktop anda. Seterusnya anda perlu download file torrent kemudian drag ke ruang yang disediakan pada laman torrent.
Anda akan dibawa ke paparan berikut;
Cari file torrent anda kemudian drag ke ruang yang disediakan. |
Cari file torrent anda dan drag ke ruangan yang disediakan. |
file saya sudah siap di download. |
![]() |
Muat-turun selesai! |
File game CSGO yang dimuat-turun ke folder download. |
Video letusan meteor yang berjaya dirakam secara kebetulan di Brunei. Kejadian ini yang bunyi letupannya didengari di Sabah, Sarawak dan Brunei awal pagi tadi (31 Januari 2021) telah menggemparkan dan menjadi tanda tanya seluruh negara. Segala persoalan ini telah terjawab dengan adanya video ini yang berjaya dirakam oleh Abd Wafiy bin Hj Rudzi melalui "dash cam" yang dipasang di kenderaan miliknya. kredit : astronomical society of Brunei Darussalam
Dalam al-quran, Allah SWT menjadikan bintang-bintang itu sebagai hiasan dan juga pelempar syaitan.
"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi." (As-Saaffaat)
Dalam ayat yang lain;
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang." (Al-Mulk, 5)
Maka terjawablah apakah punca letupan dan gegaran yang berlaku kemarin. SubhanAllah.!
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Baru-baru ni saya mendapat email notification mengenai cubaan untuk log masuk ke salah-satu website saya tapi cubaan tersebut gagal. So bila gagal tu wordpress pun akan lock ip address tersebut dan emailkan mengenai cubaan tu.
Ni mesti cubaan untuk hack tapi di tahap paling bahalol sekali di dunia. bangsatttt....!
Dengan menggunakan salah-satu username admin blog, dia try nak login tetapi password salah so dapatlah email seperti dalam gambar.
Dari IP address tu nampaknya orang tu dari Amerika.
Disebabkan sedikit curiga, saya pun cubalah login menggunakan username yang dibuat-buat dan masukkan password yang salah dengan sengaja.. ye lah, manalah tahu kesilapan system tu. Tapi nampaknya ia memang tepat termasuk IP address saya sendiri. So memang sahlah ada setan try merasuk ke wordpress saya tu. hahaha
Bila tengok betul-betul ada dua IP berbeza cuma pada waktu yang berdekatan pada hari yang sama.
So bila klik ip address tu ia membawa ke dua paparan berikut pula;
Disebabkan saya khuatir setan-setan ni akan cuba login lagi, so saya pun install la plugin untuk hadkan cubaan log masuk dan automatik akan block cubaan log masuk untuk waktu-waktu tertentu sebelum dapat peluang untuk masuk lagi.
Saya menggunakan Limit Login Attempts Reloaded. Plugin ni boleh cari di google mahupun di bahagian add plugin di wordpress.
Plugin ni boleh je digunakan percuma. So saya pun setkan setting berikut..Tu dia dah pun kena block setan dua ekor ni.
Harapnya tiada siapa lagi cuba-cuba nak log masuk. Buat apa juga, bukan ada harta karun kat situ tu.
Semoga artikel ini memberikan informasi kepada anda terutama tentang basic keselamatan website/blog anda.
3 perkara berikut perlu anda beri perhatian;
Oklah, sampai di sini dahulu.
Bye.
Nazz/MN