AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

MENGELUARKAN WANG KRYPTO DARI BINANCE KE MAYBANK

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Thursday 23 August 2012

Teh sejuk dan Teh 'O panas sebenarnya berbahaya?

Teh Panas

Hasil kajian terkini oleh saintis Iran menyatakan meminum teh dalam keadaan masih panas melebihi suhu 70 darjah celcius boleh menyebabkan terjadinya penyakit Barah Kerongkong.
Mengikut sebuah kajian yang terlebih dahulu dilakukan dalam British Medical Journal telah dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan suhu di atas 70 darjah celcius sama dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar untuk terjadi jika dibandingkan anda meminumnya dalam keadaan kurang panas iaitu di bawah 65 darjah celcius, demikian penjelasan penyelidik sepertimana dilaporkan oleh Reuters.

Bersama kumpulannya, Reza Malekzadeh dari Universiti Tehran telah melakukan kajian terhadap 300 orang yang didiagnosis menghidap penyakit barah kerongkong, sementara 571 orang yang lain dalam keadaan sihat. Mereka semua adalah berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, Iran Utara.

Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel kajian kerana Golestan merupakan salah satu daerah yang mempunyai jumlah pesakit barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tahap kebiasaan merokok dan meminum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir kesemua penduduknya gemar minum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap hari.
Hasil kajiannya, orang² yang rutinnya meminum teh panas kurang daripada dua minit selepas dituangkan dengan tingkatan suhu yang melebihi 70 darjah celcius berisiko mencetuskan perkembangan barah kerongkong lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu menunggu sehingga empat minit atau lebih. Sebenarnya tidaklah ada keterangan yang konkrit seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun para penyelidik membuat kesimpulan luka akibat daripada kepanasan teh akan menyebabkan kerengsaan kerongkong yang sekaligus akan menyebabkan berlakunya simpton² barah.

Dibandingkan dengan meminum teh yang kurang kepanasannya yang mampu ditanggung oleh organ dalaman manusia atau teh suam kuku pada suhu 65 darjah Celsius atau kurang, meminum teh panas antara 66 dan 68 darjah Celsius memungkinkan untuk meningkatkan dua kali ganda risiko terjadinya barah kerongkong, dan meminum teh yang panas pada suhu 70 darjah Celsius atau lebih berpotensi besar untuk meningkatkan risiko tercetusnya penyakit barah sehingga lapan kali ganda.
Telah dicatatkan setiap tahun lebih daripada 500.000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat penyakit barah kerongkong. Penyakit ini tumbuh subur terutamanya di daerah di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk dalam kalangan penyakit barah pembunuh dengan rata-rata kesembuhannya adalah sekitar 12 hingga 31 peratus, itu pun memerlukan masa yang cukup panjang, sekitar 5 tahun.

“Keputusan kajian membuktikankan peningkatan kuat risiko OSCC yang berkaitan dengan meminum teh panas atau sangat panas,”. Oleh itu saintis menyarankan agar mesti menunggu beberapa minit terlebih dahulu sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air yang mendidih.
Laporan itu juga memberi sokongan kepada pendapat bahawa kecederaan kerana hawa panas air yang melalui organ pemakanan manusia mungkin menjadi penyebab kepada barah “epithelium” walaupun bagaimana proses kepanasan mampu meningkatkan perkembangan tumor masih belum diketahui.
Daripada penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa pengambilan minuman dalam keadaan panas berbahaya bagi kesihatan anda. Apalagi jikalau ditambah dengan makanan yang panas pul. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan yang kurang panas atau boleh kita katakan sebagai hangat tetapi tidak terlalu panas.

Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesihatan Ginjal
Teh Ais
Siapa di antara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui di mana-mana gerai makanan, dari warung pinggir jalan sampai Restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu utama minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat kita meskipun dihiaskan dalam bentuk apa² sekalipun. Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, maka kesegarannyalah yang kita dapat nikmatinya. Apalagi di Bulan Puasa, menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais .

Tapi tahukah anda, di sebalik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Penyelidikan di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine telah mengungkapkan bahawa pengambilan teh ais secara berlebih meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sepertimana yang telah dilaporkan dari laman Times of India, teh ais mengandungi kepekatan tinggi oksalat, salah satu bahan kimia yang merupakan kunci untuk mencetuskan pembentukan batu karang. ”Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan mengidapi penyakit batu karang, teh ais jelas menjadi minuman terburuk atau sebahagian daripada pantang larang minumannya,” kata Dr John Milner iaitu seorang pembantu profesor Jabatan Urologi.

Milner berkata, teh panas sebenarnya juga menyimpan kesan-kesan buruk yang sama. Hanya, kuantiti penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logiknya, orang meminum teh panas, kuantiti airnya tidaklah akan sebanyak meminum teh ais. Jarang orang yang mengambil teh panas apabila haus. Berbeza dengan teh ais, di mana ramai orang sanggup meminumnya lebih daripada segelas saat haus dan hawa panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkatan estrogen yang rendah paling terdedah terhadap keburukan teh ais ini. Oleh itu, Milner menyarankan agar menggantikan pengambilan minuman itu dengan air putih, atau mencampurkannya dengan lemon. ”Lemon kaya engan kandungan citrates, yang boleh menghalang pertumbuhan batu karang dalam ginjal,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, buah pinggang atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan dikeluarkan daripada tubuh bersama urin (air kencing), tetapi dalam keadaan tertentu ia akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.

Pengkaji juga mengungkapkan sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan-kesan buruk apabila memakannya. Mereka menyebutkan antara lainnya: bayam, coklat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, ambillah teh ais dan makanan-makanan itu secara bersederhana demi kesihatan ginjal anda. Padukan pula dengan sumber makanan yang tinggi kalsiumnya yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu sahaja perbanyakkanlah meminum air putih.
-Sumber

PS: TEH PINGGGGG SATUUUU....!!!! opss, lepas ni x mau lagi la... bahaya pulak. hehehe~
Share:

Terbukti, penurunan harga kereta mampu dilakukan.



Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk “Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?

Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan.

Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara.

Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN.

Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta?

Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).

Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.

KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:

1.      Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

2.      Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

3.      Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

4.      Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

5.      Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

6.      Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.
 
PS: Rafizi dah sentuh berkaitan cukai eksais yg menjadi punca kenaikan harga sebelum ini.. So bila ia dilupuskan, memang benar la harga kereta memang boleh diturunkan.. :)
 
SUMBER : HarakahDaily
 
Share:

Wednesday 22 August 2012

Rothko Painting cipta rekod di New York

Tahu tak korang bahawa lukisan kat bawah(hasil lukisan Mark Rothko) ni adalah lukisan termahal di dunia...

Ya! Ia adalah lukisan termahal dan telah mengalahkan rekod harga tertinggi lukisan yang sebelumnya. Rekod pada awal sebelum itu adalah $52.7 juta dollar untuk lukisan bertajuk "Study From Innocent X".

Lukisan yang sangat mahal ini berharga $72.8 juta dollar! Lukisan ini hanya menggunakan 3 jenis warna iaitu Yellow, Pink, dan Lavender on Rose. Pada permulaannya ia cuma dijangka akan mencecah harga 40juta dollar sahaja. Namun akhirnya ia telah berjaya dijual pada harga $72.8 juta.

PS: $72.8 Juta dollar bersamaan RM240,240,000.00!!!! RM240juta hanya untuk sebuah lukisan? :)

SUMBER
Share:

15 info tentang MARIJUANA


Bila tengok gambar Bob marley ni teringat lagu 'No woman, No cry..' juga teringat tentang marijuana.. opppssss.... Marijuana? Berikut saya nak kongsikan info menarik tentang marijuana ini..
Tapi ingat, ini bukanlah bermaksud menggalakkan anda terlibat dengan benda ni yer...

15 INFO TENTANG MARIJUANA adalah:


ps: dadah dan marijuana adalah 2 perkara berbeza. :)

Share:

13 perkara yang perlu wanita islam pelihara

wanita

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber: http://www.cahayaislam.net/

Kesimpulan : Wahai wanita yang bijaksana, peliharalah dirimu dari api neraka.. :)
Share:

Kisah Facebook Ini Pasti Menakutkan Anda!

Apabila bermain Facebook, kita tidak terlalu memikirkan sangat tentang aktiviti yang kita lakukan seperti like status, tambah rakan baru mahupun mengirim mesej. It simply just like "touch and go". Tapi jika anda tidak pernah memikirkan berapa banyak perkara yang Facebook tahu, this story will blow your mind! 
 

Cerita di sebalik ini, mengikut threatpost, bahawa Max Schrems berasal dari Vienna, Austria telah menghantar permintaan rasmi untuk mendapatkan data dari Facebook. Sejak Schrems tinggal di Eropah, Kerajaan memastikan hak untuk boleh mengeksport data daripada rangkaian sosial. Apa yang dia diterima? selepas menunggu, dia menerima cakera yang mengandungi 1222 fail PDF, memperincikan setiap langkahnya!
 

Pendek kata, setiap langkah yang Schrems pernah dibuat di laman web ini telah direkodkan, termasuk mesej-mesej lama yang telah dipadamnya. Pekerjaan, hubungan, gambar geotagged... semuanya ada, dalam 1222 fail itu juga, setiap jam perkara yang dilakukan diperincikan dengan tepat pada kira-kira 1400 muka surat itu sendiri.
Kisah ini telah di-videokan. video ini pasti membuka mata, dan harus menjadikan kita sedikit lebih sedar tentang apa yang kita kongsikan di luar sana. Selepas semua, Sean Parker berkata tentang Facebook, “there’s good creepy and then there’s bad creepy.” Dan ingat, hampir semua yang anda lakukan akan diserahkan kepada pihak polis jika Facebook mendapat sepina.


PS: Dulu pernah terbaca tentang fb ni dulu pernah kena failkan saman kerana merekodkan data website yang diklik keluar dari laman fb..So baik hati-hati lah yer... 

SUMBER 

 
Share:

Rahsia kehebatan Barcelona (Fakta menarik!)



Sebuah akhbar British berjaya mendedahkan bagaimana kelab gergasi Catalunya itu membentuk kejayaan bermula daripada sistem akademi remaja.

Pasukan kendalian pengurus Pep Guardiola sudah dianggap sebagai ‘pasukan terbaik sepanjang zaman’ kerana kejayaan epik mereka dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Lionel Messi, Andres Iniesta, Carles Puyol, Victor Valdes, Pedro Rodriguez, Xavi Hernandez, Gerard Pique, Sergio Busquets, Bojan Krkic dan Jeffren semuanya tampil daripada sistem remaja Barca.

Semua pemain itu adalah produk yang dipanggil Barca ‘futbol base’ atau asas bola sepak.

Hari ini, ia menampilkan 330 kanak-kanak dan beratus kakitangan, lantas kelab itu perlu membelanjakan sebanyak 10 juta (RM48.7 juta) setahun.

La Masia, ‘chalet’ berhadapan dengan Stadium Nou Camp di mana 60 bakat terbaik – yang keluarganya tinggal di kawasan pedalaman Sepanyol mahupun di luar negara – menginap di situ dengan harapan untuk berada dalam pasukan utama.

Bangunan itu setinggi dua tingkat, ia memiliki satu dewan makan, enam bilik tidur, sebuah perpustakaan, sebuah bilik komputer dan sebuah bilik rekreasi.

Hanya 12 orang kanak-kanak tidur di bangunan itu. Selebihnya menginap di bilik asrama di tingkat satu stadium itu, kira-kira 30 meter dari bangunan itu.

Messi, Iniesta, Puyol, Valdes dan Pedro tinggal di La Masia bertahun-tahun lamanya. Krkic dan Jeffren turut menginap di situ, manakala Xavi pergi ke sana untuk makan, jadi kelab itu boleh mengawasi dietnya. Pique dan Busquets tinggal bersama keluarga mereka di bandar raya itu.

Guardiola turut menghabiskan bertahun-tahun di La Masia pada 1980-an sebelum menjadi seorang legenda sebagai pemain. Begitu juga orang kanannya, Tito Vilanova, dan orang yang mengetuai skuad remaja ketika ini, Guillermo Amor, seorang lagi bekas pemain antarabangsa Sepanyol.

Ketiga-tiganya berada dalam pasukan 1986-87 dan hari ini trio itu menguruskan setiap aspek kelab itu daripada sudut bola sepak.

Suku abad kemudian, mereka memastikan kesinambungan daripada falsafah kecemerlangan, kedua-dua sukan dan kemanusiaan, dikekalkan di kelab gergasi Sepanyol itu.

Pernah menjadi residen La Masia termasuk kapten Arsenal, Cesc Fabregas, penjaga gol Liverpool, Pepe Reina, pemain tengah Everton, Mikel Arteta dan pemain Atletico Madrid bekas pemain tengah Arsenal, Fran Merida. Senarai itu tanpa penghujungnya.

Albert Folguera, ketua La Masia, menjelaskan pendekatan kelab itu.

Beliau berkata: “Ia adalah satu sistem pengarah, guru, seorang doktor, seorang pakar psikologi, tukang masak dan pekerja lain. Ada tiga orang guru yang bekerja pada sebelah petang dengan kanak-kanak.

“Ada juga ketua pembelajaran dan seorang lagi petugas pentadbiran yang menguruskan semua pembelian, tiket dan semua barang yang diperlukan kanak-kanak bagi rekreasi dan pelajaran mereka. Kami juga ada tiga tukang masak dan enam kakitangan dapur.” Bintang semasa seperti Xavi dan Iniesta sering memuji mengenai tahun-tahun mereka di La Masia.

Folguera berkata: “Xavi bercakap mengenai nilai-nilai yang kami terapkan di sini – berkongsi sesuatu, semangat sepasukan, persahabatan, gelak ketawa. Anda tidak boleh mempelajarinya, anda perlu mengalaminya.

“Adakah kami berdepan masalah menyesuaikan diri dengan sesetengah kanak-kanak? Sudah tentu. Mereka hadir di sini berusia 12 tahun dan berjauhan daripada keluarga mereka. Ia sukar tapi ia sebahagian daripada proses.

“Bagi Iniesta, bulan pertamanya memang teruk sekali. Dia rindukan keluarganya yang berada 700km dari Barcelona di Albacete.

“Begitu juga Leo Messi. Ibu dan bapanya berada di Argentina. Dia hanya berusia 12 tahun, mempunyai masalah tumbesaran dan tidak boleh bermain perlawanan rasmi selama setahun kerana masalah dokumen.

“Victor Valdes terpaksa pulang ke rumahnya selepas semusim. Dia terlalu rindukan keluarganya.

“Di sini, kami menangani masalah emosi. Untuk membuatkan mereka berasa berada seperti di rumah dan berada di kalangan orang ramai, membuatkan kanak-kanak itu berasa tidak dipinggirkan.

“Ia lebih seperti sebuah keluarga. Doktor, pakar psikologi, guru dan ada ketikanya, jurulatih datang ke sini untuk makan bersama, jadi kanak-kanak itu berasa mendapat sokongan.

“Semua bintang semasa yang terpisah daripada keluarga tercinta menjadi juara hebat. Mereka memiliki karakter dan kesungguhan untuk mengatasi kesukaran.” Anehnya, hampir sepanjang hari dihabiskan dengan pelajaran sekolah. Hanya dua jam dikhaskan untuk berlatih pada sebelah petang dan “sering bersama bola”.

Folguera mendedahkan: “Ini adalah masa terbaik buat La Masia sejak ia diperkenalkan pada 1979 dan juga dalam sejarah Barca.

“Tiga lelaki yang bertanggungjawab dalam setiap aspek FC Barcelona membesar di rumah ini. Pasukan utama mempunyai 10 pemain dari akademi, majoritinya dari La Masia.

“Dalam pasukan Barcelona B, pasukan simpanan, 12 pemain menuntut di universiti.” Mereka menyediakan kanak-kanak itu selengkapnya, pertamanya sebagai individu yang berpendidikan dan keduanya sebagai atlet.

Pelajaran membolehkan mereka menceburi bidang lain, sekiranya bakat mereka tidak cukup bagus atau kecederaan menghalang mereka daripada merealisasikan impian masing-masing. Semuanya di bawah pengawasan Guardiola.

Folguera berkata: “Saya bercakap dengan Amor sekali seminggu dan beliau memaklumkannya kepada Guardiola. Pep berada di sini 10 hari lalu dan kami berbicara mengenai pelbagai perkara. Beliau datang ke sini beberapa kali setahun.

“Sejak Pep menjadi jurulatih, lebih ramai pemain berusia 17 dan 18 tahun berlatih dengan pasukan utama. Beliau adalah orang pertama yang membetulkan mereka dan menasihati mereka.”

Wak: tak terlepas satu pun 10 game classico yg terakhir. kalau nak tahu apa itu bola sepak, classico lah jawapannya.


TAPI kan.. kalau yang ni macamna pulak... hehehe~


PS: NO KOMEN.. hehehhe.. entry ni copy-paste jer. Sebab saya memang minat barcelona..

SUMBER
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE