AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Monday 25 November 2013

Wanita dan Kanak-kanak



Korang nak tak klu sy bocorkan 1 rahasia.. Rahasia wanita.. hehee... Tentang macamna nak tackle hati pempuan yang sebenar-benarnya dan dijamin 100% berkesan?

NAK TAK?? hehehe... ok kalau nak,...

Rahsianya adalah...

"Layanlah wanita itu sepertimana melayan kanak-kanak kerana sifat wanita itu hampir kepada kanak-kanak.."


Korang rasa mcmna sifat kanak-kanak ni agaknya? Kanak-kanak xkan la pemarah, tegas dan serius kan... hehehe.... kanak-kanak sudah tentu suka diberi perhatian, dimanjakan dan disayang-sayang selalu... Kalau nak tahu mcm tu la lbh kurang jga sifat seorang wanita juga.. ^_^

Well, aku bukan saja-saja nak cakap ni tapi aku belajar dari khutbah jumaat minggu lepas.. hehehe...

So layan la wanita korang seperti korang melayan karenah kanak-kanak. InshaAllah cair hatinya.


amin..

Yang benar,
Mohd Nasyit
Share:

Saturday 29 September 2012

Korea Selatan = Negara yang paling 'PLASTIK'...

Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni... Oh tidak..!! betapa 'plastiknya' mereka itu...






OMG...!!!!!!!!!!!!
Share:

Tuesday 25 September 2012

Hahaha,,,, Merangkak 1000 meter sebagai minta maaf kepada isteri






 Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.

Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.

Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.
Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.

Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.


Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.

Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.
Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.

Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.
Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.
Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

Sumber 
Share:

Sunday 23 September 2012

Muka gadis yang cantik ini menjadi tidak cantik selepas pembedahan







Tu la namanya tak bersyukur dengan apa yang ada. Dah cantik nak jadi lebih cantik. Last-last cantik pun tidak malah jadi 'cacat'....

SEBELUM..













SELEPAS.


SEBELUM DAN SELEPAS.

 

 

Perasan tak kecacatan kat wajah tersebut? -Dagu nampak pelik..

Teringat pulak kat kartun di bawah ni...


HAHAHAHHAA...... lain kali bersyukur la dgn apa yang ada tu yer...
Karang tuhan tarik balik baru menyesal. :p


Share:

Sunday 16 September 2012

Gambar bila selebriti wanita Hollywood bertudung


Oprah Winfrey

Aisywarya Rai

Avril Lavinge...

Bai Ling

Britney Spears
 
 
Share:

Friday 31 August 2012

Harus Tahu: 40 Kemuliaan Wanita Di Mata Islam





Sejak Rasulullah SAW lahir ke dunia, wanita sangat dimuliakan kedudukannya di mata Islam, tidak seperti jaman jahiliah dahulu bayi wanita yang lahir harus dibunuh, Masya Allah..Berikut ini kami sampaikan 40 Hadist bagaimana Allah SWT memberikan tempat atau kedudukan wanita baik di mata Allah SWT , suami, anak-anak, dan di hadapan manusia lainnya..

 


 1- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik dari 70 orang pemuda yang soleh.

2- Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut pada Allah S.W.T. dan orang yang takut pada Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3-Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4-Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya seolah olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5-Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6-Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7-Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan seSuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

8-Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

9-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

10-Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

11- Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."

12- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

13- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

14-Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

15-Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

16-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

17-Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

18-Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
19- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

20-Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

21-Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

22-Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

23- Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

24- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

25-Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

26- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

27-Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

28- Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

29- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

30- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

31- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

32- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

33- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

34- Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

35-Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

36- Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

37- Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

38-Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.






Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !
sumber
 
PS : Golongan wanita sentiasa dimuliakan didalam islam, cuma sesetengah golongan wanita itu sendiri yg merendahkan martabat dirinya dengan perkara2 yg x bermoral.
Share:

Tuesday 28 August 2012

10 Tanda Wanita Kuat Cemburu



1. Dia mahu mengetahui segala-galanya
Sebagai pasangan, dia menghubungi anda banyak kali dalam sehari, untuk mengetahui di mana anda berada dan apa yang anda buat. Dia akan memerikasa teleon anda, siapa yang dihubungi dan orang yang menghubungi. Dia juga akan memasuki ruang peribadi internet untuk mengetahui adakah pasangannya menghubungi wanita lain dalam ruangan chat dan sebagainya. 
2. Dia menuduh anda menipunya
Memang pening kalau pasangan menuduh anda berbuat sesuatu yang tidak anda lakukan. Tapi, biasanya orang yang kuat cemburu akan menuduh pasangannya walau pun anda telah meminta maaf berulang kali.
3. Dia tidak mahu anda mempunyai ramai kawan perempuan
Satu lagi tanda pasangan anda kuat cemburu ialah tidak menyukai anda mempunyai ramai kawan wanita. Pada fikirannya, anda mungkin akan curang dan keluar bersama secara sembunyi di belakangnya. 

4. Selalu ingin menonjol
Salah satu sikap cemburunya ialah sengaja ingin menunjukkan di hadapan orang bahawa anda adalah kekasih atau pasangannya. Dia mungkin sengaja bercakap dengan nada yang kuat, senyuman yang sengaja dileretkan atau sengaja menunjuk cara manja yang berlebihan sehinggakan orang yang memandangnya dengan perasaan meluat.

5. Sering mengesyaki pasangan curang

Begitulah sikap orang yang kuat cemburu. Setiap hari ada saja tuduhan terhadap anda khususnya dia menuduh anda menjalinkan hubungan dengan wanita lain sedangkan ia hanya rakan sepejabat atau rakan sekolej anda. Silap hari bulan, dia mungkin akan menyerang teman anda itu di tempat kerja dan sebagainya.

6. Berketrampilan berlebihan
Dia akan menonjolkan dirinya di hadapan kawan-kawan anda seolah-olah hanya dia seorang sahaja wanita di situ. Jangan harap anda untuk duduk berlama-lama di majlis kerana dia pasti mengajak anda pulang dengan segera. 
7. Menyiasat melalui kawan-kawan
Mungkin mahu mendapatkan maklumat dengan anda sangat payah, jadi dia mencari kawan-kawan anda pula. Awalnya dia nampak baik dengan dengan rakan sepejabat anda tetapi dalam masa yang sama dia sebenarnya mahu mencungkil rahsia anda di pejabat.

8. Tidak dapat menerima hakikat

Salah satu sifat orang cemburu juga, mereka biasanya tidak dapat menerima pendapat pasangan mereka walaupun ketika itu anda sudah bercakap jujur dengannya.

9. Tidak suka anda keluar dengan kawan

Dia tidak suka anda keluar dengan kawan-kawan dan mahu anda keluar berdua sahaja dengannya. Kalau anda keluar dengan kawan, dia akan menarik muka masam sekali gus membuatkan anda berasa bersalah.

10. Marah jika pandang wanita lain
Inilah yang paling kronik dalam semua bab cemburu. Dia pasti akan menjadi singa kelaparan kalau melihat anda menjeling ke arah wanita lain. Tak mustahil ada yang kena serang kalau dia sudah tidak mampu mengawal diri. 

SUMBER
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE