AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Showing posts with label Cik Sofie. Show all posts
Showing posts with label Cik Sofie. Show all posts

Tuesday 11 October 2016

Sofie's Studio Art dan Hobi alat-tulis


Assalamualaikum wbt..

Berkesempatan untuk menulis entry kali ini, saya ingin tuliskan serba ringkas mengenai hobi kegemaran wife, iaitu melukis dan mengumpul pelbagai alat tulis(stationary).

Saya juga gemar dengan seni lukisan tapi dalam masa berberapa tahun ni dah kurang-kurang melukis dan menghasilkan seni-seni lukisan.. So bila wife masih mengekalkan minat dalam bidang ini, sudah tentulah kita bagi support kan? :)


MINAT MELUKIS SEJAK KECIL

Minat melukis sememangnya dari kecil lagi. Minat kepada benda-benda berunsurkan seni seperti lukisan dan mewarna sudah menjadi hobi dan antara yang dijadikan sebagai cara untuk melegakan stress di samping mengisi masa lapang.

Selain minat kepada mengasilkan lukisan, wife juga minat kepada alat-alat lukisan dan tulisan(stationary). Menurutnya ia mempunyai keunikan dan keisitmewaan tersendiri selain ia juga mempengaruhi kualiti sesuatu hasil seni tersebut.



Luang masa berjam-jam pun OK.. :)

Perkara yang tak boleh dilepaskan apabila keluar dengan wife adalah apabila sesuatu lokasi yang dituju itu ada terdapatnya kedai alat-tulis atau kedai buku. Tak lengkap rasanya jika tak singgah dan shopping ditempat tersebut.

Saya juga gemar singgah ke tempat ini sejak sekolah dulu dan tak sangka wife juga punyai minat yang sama cuma berbeza dari segi tempat yang kami pergi di dalam kedai tersebut.. Saya sudah tentunya habiskan masa di ruangan buku-buku dan dia... sudah tentu ke ruangan alat-tulis! :D

Pernah juga secara tak sedar sudah habiskan masa berjam-jam lamanya di dalam kedai mencari harta karun yang seakan tak jumpa-jumpa.. hehehehe.. bukan tak jumpa tapi sebenarnya sukar nak buat keputusan nak beli mana satu alat-tulis ni..

Biasalah bila dah minat, memang kadang-kadang tak sedar apa dibuat tu walaupun pusing-pusing berjam-jam lamanya..

Minat juga kepada 'bekas gelas'?

Kreativiti ini luas kan? Selain suka lepak kat Old Town dan Starbucks, wife juga gemar jadikan bekas gelas kepada tempat untuk disimpan alat tulis.

So setiap kali terlihat kepada bekas gelas ni, sentiasa teringat akan moment lepak kat tempat tu.





Hobi terbaru, melukis komik.

Menjadi pelukis memang impian dia. Selepas kahwin, dia nampaknya melibatkan diri lebih serius.. he he he..


Melukis komik ni nampak macam mudah tapi sebenarnya ia lebih rumit dan 'kompleks' sebab ia bukan sekadar guna pen atau marker tetapi sebaliknya melibatkan berberapa jenis set alat tulis yang bernilai puluhan hingga ratusan ringgit. Tak mustahil ada yang mencecah ribuan ringgit kan? Malah ada antaranya yang perlu ditempah khas melalui internet sebab ia tidak dijual di kedai berdekatan.

Bercerita mengenai melukis, dalam bulan oktober ini wife ada join satu cabaran melukis yang dikenali sebagai INKTOBER. Nak tahu lebih lanjut pasal inktober ini bolehlah google yer..

Antara lukis ala-komik yang dihasilkan sekarang...





Terasa syok bila tengok lukisan ni satu demi satu. Paling best adalah ianya original dilukis dan bukan dari majalah komik.

Sekali tengok terasa nak buat juga tetapi sejak dah lama tinggalkan bidang ni, terasa agak kekok nak lukis dan buat effect-effect tu.. :)

GOODLUCK UNTUK CABARAN INKTOBER..!!


Doa dan Harapan

Okeylah.. dah nak sampai penghujung penulisan nie.. Doa dan harapan sebagai husband ni adalah semoga dapat melengkapkan alat tulis tu banyak-banyak dan semoga berjaya menjadi pelukis yang terkenal suatu hari nanti, inshaAllah. ameennn...

Nanti dah berjaya senanglah nak suruh buatkan potret banyak-banyak.. hehehehhee!!

Sampai sini dahulu.

Hingga jumpa di entry akan datang inshaAllah.

sekian,

your loving husband,
MOHDNASYIT





Share:

Sunday 15 May 2016

Photo Editing

Ubah-suai gambar guna Teknik khas retouching image

Assalamualaikum wbt.


Lama rasanya ye tak update blog ni? Biasalah sibuk dengan bermacam-macam urusan sejak kahwin ni so memang jarang ada masa untuk blog ni.. Antara perkara yang disibukkan tu adalah;

1 - bercinta dengan wife
2 - mencintai wife
3 - ulang proses 1 dan 2

hahaha..!! apalah ini semua??

Hajat lama tercapai

Dah lama berhajat nak belajar photoshop ni tapi macam biasalah(kalau tak biasa buat-buat sahaja la sudah biasa), susah nak dapat info yang tepat yang betul-betul kita perlukan. Banyak kursus dan buku diluar sana cuma ajarkan asas-asas tapi masih tak cukup untuk membantu menghasilkan photo-photo editing yang cun-melecun..

So ditakdirkan datanglah bergolek satu ilmu photoshp dari langit tanpa usaha... hihihi.. Dan hasil dari belajar ilmu tersebut dapatlah edit-edit photo sedikit.. Alhamdulillah..

So let's check it out!


Perhatian - ada sesetengah foto ni di ambil pada resolusi rendah, so faham-faham sajalah kalau ada kabur-kabur tu.. hehehe.. Sila klik foto untuk besarkan yer. Tq.

Sebelum 'retouching'
Selepas teknik 'retouching'

 Jom lihat berberapa gambar lain!


Old Town White Coffee Labuan
UMSKAL

waterpark

ujana kewangan

hari raya 2015

BBQ

anak buah


Teknik Photo color grading -






Brian Tracy

Saya sentiasa berpegang dengan nasihat beliau mengenai ilmu - sentiasa upgrade skill dan tambah ilmu baru. Kata-kata ini adalah apa yang telah membentuk saya hingga hari ini.

Photoshop ni susah ker..?

Sebenarnya tak susah, yang penting carilah ilmu dahulu dan ia tak semestinya mahal sebab sejujurnya ilmu yang saya pelajari ini kos cuma RM113(bawah RM120.. saya tak ingat sebenarnya.. hehehe)

Ramadhan is UpNext..

Ramadhan kini tinggal berberapa minggu lagi. So sekarang BZ untuk perancangan ramadhan nanti pulak lagi lah.. Macam biasa, nak berniaga lagi pulak.. hehehe..

So sampai sini dahulu entry ni.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum wbt.

-Nasyit-










Share:

Wednesday 3 February 2016

Lepak, Make Money, Repeat


Hey yo whats up gengs...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak singgah nak menulis story kat blog ni jadi hari ni terbuka pintu hati setelah mendapat seru(dah sampai seru akhirnya..) untuk menulis blog..

Sejak kami ni memang jenis yang tak bekerja(makan gaji), so kerja kitaorang cuma lepak kemudian layan biz online, collect duit. Senangkan? kehkehkeh..

Bila dah 'boring' dengan biz lama, so kitaorg akan try biz baru pulak lagi...

Bisnes baru?


Hari ni nampaknya agak bz sikit tengok-tengok design logo terbaru untuk project logo studio dia..

Macam shopping-shopping pulak kan..?

Sekarang nampaknya tengah sibuk nak 'memper-evolusikan' teknik-teknik/skill untuk penghasilan logo baru(semenjak bisnes ini adalah mengenai logo maka prodaknya adalah logo jer lah..).

Bisnes digital ni memang menguntungkan sebab yang jadi cabaran sini cumalah kreativiti dan hasil kerja sahaja.. Berbeza dengan bisnes konvensional lain yang lebih kepada fizikal dan mencabar dari segi persaingan kualiti barang fizikal and what-so-ever(malas nak ulas.. hehehe)

Keberuntungan Bisnes Digital?


Untung memang sangat untung sebab tak perlu simpan stok dan tak perlu modal besar. Cuma perlu ilmu dan skill sahaja.. Yang selebihnya biar kreatif dan inovatif..

Anyway di pendekkan story...,

Kepada yang nak singgah tu boleh la landing ke web page beliau di sini > http://www.sopheestudio.com/

Manatahu berminat kan?

Ok sehingga berjumpa ke entry berikutnya pulak.

BYE! :D


-mohdnasyit-






Share:

Sunday 30 August 2015

Mencuba sesuatu yang lain pula...


OMG, what is that?? So big?? perhatikan botol itu. Besar dan Cute.!

Bungkusan yang agak comel dalam bentuk besar.. Bila ternampak jer rasa nak beli.. Nampak agak kreatif juga cara pemasaran mereka ni kan?


Prodak ini adalah berasaskan kolagen marin. Cara penggunaan pulak adalah gabungan serbuk(anti-oksidan) dengan cecair kolagen untuk hasil dan penyerapan yang tinggi dan berkesan.

Terdapat banyak jenis kolagen di pasaran dan kali ni nak bagi wife cuba pulak kolagen marin. So untuk ni nak try dalam masa 3-6 bulan untuk hasil yang terbaik.




Mendapatkan kulit yang halus, gebu dan sihat adalah idaman setiap wanita. Jadi hadiahkanlah wanita anda dengan kolagen yang terbaik.. hehehe

Anyway,

Goodluck my dear sweetheart for it! Muahhh...!!

your husband,
-mohdnasyit-

Share:

Monday 4 May 2015

Sharing Best Day Moment










Share:

Wednesday 28 January 2015

28 januari 2015


Pada 26 disember 2014 lepas, selamatlah juga majlis perkahwinan saya dengan wanita pilihan saya. Syukur alhamdulillaj semua lancar hinggalah selesai semuanya... terima kasih kpd mreka semua yg bertungkus-lumus membantu dan hadir memeriahkan majlis hinggalah yang sudi snap foto utk majlis yg berbahagia ini.. sangatlah heppy sampai tidak ada masa nak update blog ni.. hihihi... maklum la dah husband and wife so bz la dgn life dunia sebenar yg lbh best dari hidup sbg couple dulu...

sewaktu majlis ni nampak sangat dia heppy.. mula dari majlis nikah sampai la hari persandingan...hehehe.. well, perempuan mana tak heppy klu dikahwini kan...

It's the Moment!




Secara rasmi saya sudahpun tamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan.. Happy? Sudah tentulah heppy.. Sapa yang tak happy kalau dapat kahwin dengan wanita yang dicintai.. kalau yang tak happy tu mesti sebab 'terpaksa' kahwin dengan pasangan yang langsung tak disuka dan kahwin sebab terdesak.. hihihihihi.....

saya upload berberapa foto majlis ni utk kenangan di masa akan datang..terima kasih sudi membaca! :)






Dalam hidup ini hanya ada dirimu dan diriku... 
thanks for being my wife..
i love you forever..

This song is for you...

 

Your true loving,
Husband
Share:

Friday 26 December 2014

Kurang 24 jam lagi..

Assalam...

Yeah syukur alhamdulillah.. dapat agi sambung penulisan untuk kali ini dan kali ini sebagai kali terakhir sebagai.......................................sebagai seorang bujang! hehehehe....

Selepas ini nanti dah ada kehidupan baru dan bermulalah episod baru dalam kehidupan.

Oh yeah.. dah mula dah.... hahahaha...  mcm best walaupun tadi agak 'chaos' sikit sbb 1st time guna jenama tu.. Tapi lama2 dah ok pula.. hehe.. sambung kat tangan sblh pulak lagi..

So skrg, kurang dari 24jam sesuatu yg baru akan bermula.. saat yang sudah lama ditunggu-tunggu.. hehe..
banyak keringat, masa dan usaha sudah dilaburkan, dan kini masanya utk menuai hasilnya. Alhamdulillah.


Nak keep calm lagi? ehehehe.. yah teruskan calm2 sebab nak elakkan gemuruh apabila tiba saat itu.. Dalam hati pun dah balik2 praktis tntg lafaz itu dan mudah2an dipermudahkan Allah untuk mencapai objektifnya. InshaAllah.

Apa2pun syukur alhamdulillah sekali lagi sy panjatkan kepada Allah swt atas anugerah terindah ini dan smga ianya berkekalan hingga ke syurga.

Amin ya rabbal alamin..

Regards,
mohdnasyit
Share:

Thursday 25 December 2014

1 days left.

1 days left?

yeah. alhamdulillah.. dapat juga melalui setahun yg cukup bermakna dan banyak cabarannya..
But yg pntg masih bersama2 mengharunginya sampai la ke matlamatnya.

Berkongsi resepi kejayaan..

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Pastinya cabaran itu akan sentiasa ada. Jika dipandang dari sudut positif ia adalah suatu laluan ujian kpd kualiti pencapaian.. Semakin besar dugaan semakin berkualitilah sesuatu kejayaan tersebut.. Maka semakin manislah hasilnya.

'Stick the plan, working together as a team and achieve the goal.' -Itulah resepi kepada kejayaan sampai ke tahap ini.. hehehe..

To be honest belum ada lagi pernah sampai ke tahap ini. Banyak juga yang gagal sebelum ini tapi yer la bak kata pepatah, "tuhan sengaja temukan kepada yg salah agar dpt jd lebih baik kepada yang tepat.."
Tepat itu sudah pastilah kepada insan yang setia dan x tinggalkan hubungan seketika demi exam kemudian muncul balik bagaikan meludah tapi dijilat balik sesuatu yg x tiada kaitan dengan hubungan.. umpama memperjudikan hubungan demi perkara yang x sepatutnya ia jadi begitu. Apa2pun itu adalah sudah menjadi sejarah dan pngajaran dalam kehidupan dan saya belajar sesuatu di situ iaitu menilai dengan siapakah saya bersama dan adakah dia akan setia kekal dengan saya dan membina sama2 saya.

saya sangat happy dgn si dia walaupun dlm sepanjang hubungan ini si langau gemuk itu ada lagi mencuba untuk mengacau tetapi gagal... ekekekekeke....

Success is just ahead.

Dengan berbaki 1 hari lagi, maka saya isytiharkan inilah hari terakhir sebagai diri saya sekarang sebelum melangkah ke alam baru yang inshaAllah lebih mencabar dan akan menjadikan diri saya lebih hebat lagi di dalam bidang yang saya ceburi dan kehidupan saya dan si dia.

Apa-apapun, 1 days left. and i can't wait it!

PS : kepada si budak gemuk yang suka mengintai, teruskan mengintai kejayaan saya satu demi satu untuk berterusan rasa sakit hati.. ekekekeke... :p


Regards,
-mohdnasyit-
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE