AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Monday 27 August 2012

Rooney Terpaksa Rehat Dua Bulan

Rooney Terpaksa Berehat Dua Bulan 

Wayne Rooney bakal diketepikan selama dua bulan dan akan terlepas 14 perlawanan bersama Manchester United.

Menurut pakar perubatan, kecederaan yang dialami Rooney pada bahagian pahanya itu agak teruk kerana ia telah menyebabkan otot terkoyak.

Selain aksi bersama United, penyerang England berusia 26 tahun itu turut akan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Moldova dan Ukraine.

Rooney menerima 10 jahitan untuk menutup luka yang dialaminya ketika cuba menghalang rembatan dilakukan penyerang Fulham, Hugo Rodellega ketika United menang 3-2, malam kelmarin.

mynewshub

Share:

Friday 24 August 2012

LANCE ARMSTRONG - Banned seumur hidup dan disingkarkan dari Tour De France!

Lance Armstrong's longtime coach came to his defense on Friday.
 TORONTO - Lance Armstrong, pelumba yang paling terkenal di dunia, akan dilucutkan dari tujuh gelaran kejuaraan Tour de France dan diharamkan untuk seumur hidup untuk berbasikal.

AS Anti-Doping Agency (USADA) membuat pengumuman yang mengejutkan lewat hari Khamis selepas Armstrong menggugurkan dakwaan beliau terhadap tuduhan penggunakan dadah meningkatkan prestasi terhadap beliau.

Beliau juga boleh kehilangan lain-lain anugerah dan gelaran, jika beliau memilih untuk berbuat demikian, termasuklah pingat gangsa yang dimenanginya pada sukan Olimpik tahun 2000.


-globaltoronto-

Share:

Janji ‘Kerat’ Johari Pain Versi Kedua



SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.

Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan.

Jat bagaikan mahu mengulangi fenomena yang dicetuskan Johari Pain di laman sosial Facebook sebelum ini yang sanggup memotong kemaluannya seandainya atlet terjun negara, Pandalela Rinong berjaya memperoleh pingat pada saingan temasya Olimpik 2012 di London baru-baru ini.

Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita, namun selepas Pandalela berjaya memperoleh pingat gangsa pada acara kegemarannya, jelas Johari Pain tidak mengotakan janji bahkan memohon maaf kepada semua peminat sukan tanah air melalui Twitternya di atas keterlanjurannya.

Bagaimanapun, tindakan Johari yang jelas berhadapan dengan reaksi dan marah dan tersinggung rakyat Malaysia rupanya masih gagal diambil iktibar oleh Jat yang jelas telah menyinggung perasaan penyokong setia Hijau Kuning.

Selepas teruk mengkritik Hijau Kuning di atas prestasi yang kurang kosisten, Jat turut menambah komennya, “okyh aq krat XXXX sampai kat XXXX un xpa..aq dok as..mai cr aq law kdah lyak…”
Jat yang menulis kenyataan tersebut di laman sosial Facebook Penyokong Setia Hijau Kuning sanggup memotong kemaluannya sekiranya pasukan tersebut mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, komen beliau dipadamkan admin laman tersebut.
Kemudian, kenyataan itu dimuatkan kembali oleh laman sosial Persatuan Bola Sepak Kedah dan mendapat reaksi kurang senang peminat pasukan Kedah.

SinarHarian

PS: Balik2 nak kerat... last2 x juga ada. hahahaa..... BODOH!
Share:

Acara baling handphone tahunan kat Finland


Finland memang terkenal dengan pertandingan yang luar biasa seperti bermain bola dalam lumpur, pertandingan memdukung isteri, makan cili, acara melontar kasut getah dan macam-macam lagi. Tapi acara yang paling terkenal di Finland ialah pertandingan melontar telefon bimbit. Tahun ini merupakan tahun ke-11 acara ini diadakan di bandar Savonlinna, 300km dari ibu negara Helsinki. Idea pertandingan ni telah dicadangkan oleh Kristina Lund, seorang pemilik hotel di Lossiranta. Pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak. Rekod acara melontar telefon bimbit ini telah dipegang oleh seorang lelaki Inggeris, Chris Haff yang melontar sejauh 95.83 meter pada tahun 2007.

 Antara telefon bimbit yang bakal dibaling...
 
Para peserta kena memilih telefon bimbit yang mereka ingin baling.Telefon bimbit yang dibawa sendiri,tidak dibenarkan..


 
Acara sampingan adalah cara lontaran paling pelik...


Hadiah berupa hamper dan aksesori telefon bimbit..

 PS: Kesian fon tu yer.. ish2...



Share:

Zed Zaidi Selar Program Ulang Tayang & Lambakan Iklan Di Astro

Zed zaidi kini kembali beraksi! yeahahahahaaaa!!!!!

 

Zed Zaidi strikes again. Itulah tajuk artikel terbaru TMZ kalau Presiden Persatuan Seniman ini bergiat aktif di Hollywood. Dan, ya Zed Zaidi kembali dengan isu terkini.
Awal malam tadi, melalui akaun Twitter peribadi Zed Zaidi meluahkan rasa kurang senang dengan amalam tayangan yang di’gunapakai pihak Astro sejak akhir akhir ini.
“Astro hendak untung lebih. Sudah’lah bayar mahal setiap bulan, rancangan dari AXN, HBO, Max, Fox & lain lain semua di’ulang tayang jutaan kali — ada iklan lagi,” tulis beliau.
Seterusnya Zed Zaidi menulis amalan Astro yang mengulang tayang program raya tahun tahun lepas & tiada rancangan baru kerana ingin mengurangkan kos penerbitan.
Tindakan Astro itu menyebabkan Zed Zaidi mula persoalkan royalti kepada artis yang terlibat dengan program yang di’ulang tayang saban tahun ini — “…royalti artis bagaimana?”
Terdahulu, Zed Zaidi mengeluarkan satu kenyataan juga melalui Twitter beliau berkenaan Randy Pangalila yang di’dakwa telah bekerja di Malaysia tidak mengikut prosedur.
Kebetulan juga program Aidilfitri yang di’sertai Randy Pangalila di’siarkan menerusi salah satu saluran Astro baru baru ini & Seniman turut meminta Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menyiasat perkara ini.
 

CREDIT : rotikaya

PS: Yeah mamat bernama Zed ni mmg luar biasa setelah popular kerana mengkritik Aaron aziz.
Share:

Suspek bakar kekasih ditangkap semasa khayal dadah dengan 4 wanita!

KUALA LUMPUR: Suspek utama disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang kini koma sejak kejadian 13 Ogos lalu akhirnya ditahan awal pagi semalam ketika dalam keadaan ‘lalok’ (khayal) akibat pengaruh dadah bersama lima rakan, empat daripadanya wanita.

 

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang juga kekasih mangsa ditahan kira-kira jam 3.30 pagi bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun di dalam sebuah rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, yang jaraknya hanya kira-kira lima kilometer dari lokasi Nurul Firzanah dibakar. Sumber polis berkata, serbuan diketuai Pegawai Siasatan Kanan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (Zon Setapak), Asisten Superintendan Shan Gopal bersama sepasukan anggota hasil risikan dan maklumat orang awam. Menurutnya, siasatan polis mendapati sejak kejadian 10 hari lalu suspek tidak keluar dari rumah itu yang menjadi tempat persembunyiannya bagi mengelak ditahan polis selepas gambarnya disebarkan di media.

“Sebelum serbuan dilakukan, polis membuat pemantauan di rumah berkenaan selama hampir lima jam bermula jam 11.30 malam dan serbuan dilakukan menerusi pintu belakang dan depan secara serentak.

“Suspek cuba melarikan diri, namun dapat dicekup dan ketika itu dia dan rakan-rakannya didapati berada di bawah pengaruh dadah, malah polis turut menemui peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan suspek utama itu serta lima rakannya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan polis turut menemui beberapa bahan bukti penting, antaranya pakaian dengan kesan minyak petrol yang dipercayai digunakan suspek semasa membakar mangsa. “Polis turut merampas telefon bimbit suspek selepas mendapati di dalamnya terdapat beberapa mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa,” katanya.

Ku berkata, selain suspek, lima individu yang ditahan bersamanya turut didapati positif dadah dan semua mereka kini direman lima hari bermula semalam untuk siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, bapa Nurul Firzanah, Mat Zaki Mat Hussin, 45, yang dimaklumkan mengenai tangkapan suspek mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas kejayaan polis.
“Alhamdlillah, solat hajat dan doa kami sekeluarga serta orang ramai dimakbulkan Allah. Kami berharap dia (suspek) akan menerima pembalasan setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap anak saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Firzanah yang keluar bersama suspek disimbah petrol sebelum dibakar di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, hingga menyebabkan dia koma manakala 25 peratus tubuhnya terutama bahagian muka hingga paras pinggangnya terbakar.

Harian Metro Selasa lalu melaporkan remaja itu berkemungkinan akan koma untuk tempoh antara tiga hingga enam bulan kerana Mat Zaki diberitahu doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya dia terus tidak sedarkan diri.

Menurutnya, rawatan itu adalah terbaik untuk mangsa kerana Nurul Firzanah yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat.

PS: Sepalui2 orang ni melompat, akhirnya tergolek ke tanah juga..  PADAN MUKA!
Share:

Thursday 23 August 2012

Kanta Lekap murah merosakkan mata


TAK BERKUALITI...kanta lekap yang menyebabkan penglihatan Nabila menjadi kabur.
TAK BERKUALITI...kanta lekap yang menyebabkan penglihatan Nabila menjadi kabur.

KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya.
Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.

Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari.

Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.

-METRO-


Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE