Hari ini 71 yang lalu, berlaku insiden pembunuhan di mana minda pelaku berada dalam hipnosis di Copenhagen, Denmark.
Pada hari itu, lelaki berusia 28 tahun bernama Palle Hardrup merompak sebuah bank & menembak mati salah seorang juruwang serta pengurus cawangannya. Dia kemudian melarikan diri menaiki basikal ke jalan berdekatan sebelum memasuki sebuah bangunan. Beberapa orang saksi mengejarnya, yang kemudian cuba bersembunyi di ruangan tangga. Setibanya polis, Hardrup menyerah diri dengan rela & apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, jawab Hardrup dia disuruh oleh ‘Malaikat Pelindung’nya.AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!
Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!
ayam butter salted egg
My favourite recepi!
MASALAH URL WORDPRESS
Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.
MENGELUARKAN WANG KRYPTO DARI BINANCE KE MAYBANK
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank
uTorrent made easy!
Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.
Tuesday 29 March 2022
PEMBUNUHAN SECARA HIPNOSIS ATAU PUKAU
Monday 28 March 2022
TYPHOID MARY SI SUPER SREADER
Hari ini 107 tahun yang lalu, Typhoid Mary si ‘super-spreader’ penyakit kepialu dikuarantin buat kali ke-2 yang membawa sehingga akhir hayatnya.
Nama sebenarnya Mary Mallon, lahir pada 1869 di Cookstown, Ireland. Dia berhijrah ke A.S. & menjadi orang gaji beberapa keluarga elit di New York termasuk keluarga Charles Warren. Ketika satu percutian musim panas 1903, 6 ahli keluarga itu menghidap demam kepialu. Apabila Warren mengupah seorang jurutera kebersihan untuk menyiasat puncanya, didapati ia daripada orang gaji mereka, Mallon. Menjejak rekod pekerjaannya, rupanya sejak 1900 ada 7 keluarga terlibat, 22 jangkitan dengan kematian seorang budak perempuan.Wednesday 9 March 2022
PATUNG BARBIE PERTAMA DI DUNIA
Hari ini 63 tahun yang lalu, patung Barbie yang pertama dipersembahkan kepada khalayak. Ia bermula dengan Ruth Handler, yang mengasaskan Mattel, Inc. bersama suaminya pada 1945, melihat anak perempuannya meninggalkan patung bayinya apabila sudah meningkat usia & mula bermain dengan patung kertas wanita dewasa. Handler menyedari bahawa ada pasaran khusus untuk kanak-kanak perempuan yang berangan menjadi dewasa. Lalu diciptakan sejenis patung wanita setinggi 11 inci yang menjadi patung permainan pertama berciri dewasa yang dihasilkan secara besar-besaran di A.S. Rupa Barbie diolah daripada Bild Lilli, patung Jerman yang dicipta berdasarkan watak kartun 'strip' dalam akhbar Jerman Barat ‘Bild Zeitung’. Ia dihasilkan sebagai cenderamata untuk lelaki dewasa yang dijual di kedai tembakau. Mattel membeli hak terhadap patung itu, mengubah suai rupa & bahan pembuatannya lalu Handler menamakannya Barbie, sempena nama anaknya, Barbara. Pada 9 Mac 1959, ia dipamerkan buat julung kalinya di Pameran Alat Permainan Amerika di New York. Mattel menggunakan kedudukannya sebagai penaja rancangan TV ‘Mickey Mouse Club’ sejak 1955 untuk memasarkan Barbie, yang menjadi antara syarikat alat permainan pertama yang menyiarkan iklan untuk kanak-kanak. Pada 1961, Mattel memperkenalkan ‘teman lelaki’ Barbie, Ken, yang dinamakan Handler sempena anak lelakinya. Kemudian hadir ‘kawan baik’ Barbie, Midge pada 1963 & ‘adik’ Barbie, Skipper, muncul tahun berikutnya. Barbie turut mengundang kontroversi. Bentuk badannya yang ramping dilihat memberi contoh yang tidak realisitik, memupuk imej tubuh yang negatif serta menggalakkan sifat materialistik dalam kanak-kanak perempuan khususnya. Begitupun di sisi positif, Barbie dilihat sebagai menyediakan alternatif kepada peranan jantina tradisional di era 50-an ketika ia mula diperkenalkan dengan kepelbagaian kerjaya yang dipamerkan dalam bentuk pakaian & aksesorinya. Sejak 1959, dianggarkan lebih 1 bilion patung Barbie telah terjual di seluruh dunia. *Gambar patung Barbie edisi pertama yang dihasilkan pada 1959. Sumber: History, Britannica
Wednesday 2 March 2022
MAYAT CHARLIE CHAPLIN DIBAWA LARI DARI KUBURNYA
Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.
Sir Charles Spencer Chaplin Jr., lahir pada 1889, merupakan pelakon komedi legenda era filem bisu & peralihan ke filem bersuara Hollywood sekitar 1910-an & 1920-an. Beliau yang masyhur dengan wataknya The Tramp, juga pembikin filem yang disegani. Melayari lebih 75 tahun karier dalam dunia perfileman, Chaplin menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Krismas 1977 di usia 88 tahun. Jasadnya bersemadi di sebuah perkuburan berhampiran rumahnya di Corsier-sur-Vevey, Switzerland. Namun pada 2 Mac 1978, kira-kira 2 bulan selepas dikebumikan, kuburnya dibongkar & jasadnya dicuri bersama keranda. Hal itu disedari oleh penduduk sekitar yang melaporkannya kepada polis, lalu siasatan & pemburuan si pelaku dilancarkan. Tidak kama kemudian, balu Chaplin, Oona mula menerima panggilan telefon yang meminta wang tebusan sebanyak USD600,000. Malah si pemanggil itu mengugut sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, nyawa 2 anak kecil Oona akan diancam. Begitupun, Oona enggan akur. Pada masa sama, polis memintas talian telefon kediaman Chaplin & mengawasi 200 pondok telefon di sekitar wilayah itu. Selepas 5 minggu, akhirnya pelakunya berjaya diberkas - 2 orang mekanik bernama Roman Wardas & Gantscho Ganev. Ia membawa kepada penemuan semula jasad Chaplin pada 17 Mei yang mereka tanam di ladang jagung kira-kira sebatu dari kediaman keluarga Chaplin. Disember itu, mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak kubur & cubaan memeras ugut. Wardas dari Poland & Ganev dari Bulgaria, mengaku bersalah & menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai penyelesaian kepada kesempitan kewangan memandangkan kedua-duanya adalah pelarian politik dari Eropah Timur. Wardas yang didapati sebagai dalang dihukum 4 tahun setengah kerja berat & Ganev diberi amaran supaya tidak melakukan kesalahan sama selama 18 bulan. Jasad Chaplin dikebumikan semula di tempat asalnya & ditutup dengan konkrit. Sumber: History, Smithsonian MagazineSaturday 20 November 2021
Legenda paus gergasi yang menenggalamkan kapal pemburu paus pada tahun 1821
Hari ini 201 tahun yang lalu, kapal pemburu paus ‘Essex’ karam diserang seekor paus sperma. Pada 12 Ogos 1819, ‘Essex’ berlepas dari Nantucket menuju Selatan Laut Pasifik untuk memburu ikan paus sperma. Dengan 20 anak kapal pimpinan George Pollard, Jr., perjalanan mereka dijangka berakhir dalam tempoh 3 tahun. 2 bulan kemudian, ketika di perairan Rio de Janeiro, mereka memperoleh tangkapan pertama. Januari 1820, ‘Essex’ memasuki Selatan Pasifik & menangkap lagi 10 ekor paus di perairan Peru. Lewat Mei, mereka memutuskan untuk berlayar lebih jauh ke tengah. Mereka singgah dahulu di beberapa lokasi untuk menambah bekalan & membetulkan kebocoran kapal sebelum meneruskan perjalanan pada lewat Oktober 1820. Pada pagi 20 November, ikan paus ditemukan & segera dilancar 3 bot buruan.
Bot pimpinan pembantu kapten, Owen Chase kemudian rosak & terpaksa kembali ke kapal induk. Ketika bot sedang dibaiki, seekor paus lagi dikesan dekat dengan kapal, dianggarkan sepanjang 26 meter, saiz lazim seekor paus sperma jantan dewasa. Tak semena-mena, paus tersebut melulu laju ke arah ‘Essex’ lalu menghentam bahagian kirinya. Ia melintasi bawah kapal, timbul semula di permukaan & melancarkan serangan habis-habisan sehingga kapal rosak teruk sebelum beredar dari situ. Apabila ‘Essex’ akhirnya tenggelam pada 22 November, kesemua kru terpaksa menaiki 3 bot yang tinggal, diterajui oleh Pollard, Chase & penolong kapten kedua, Matthew Joy. Dengan bekalan makanan amat terhad, mereka bergerak mencari daratan. Berpuluh hari mereka di lautan dirundung kebuluran, dehidrasi, hingga seorang demi seorang mati. Untuk terus hidup, kru yang telah mati terpaksa dimakan. Tidak cukup, mereka terpaksa mencabut undi untuk menentukan siapa korban seterusnya. Akhirnya selepas lebih 3 bulan, hanya 8 orang yang ditemukan hidup & diselamatkan. Sekembalinya ke Nantucket, Chase menulis memoirnya yang kemudian menjadi inspirasi kepada Herman Melville, novelis New York untuk menulis ‘Moby-Dick’ (1851). *Gambar lakaran & catatan salah seorang anak kapal, Thomas Nickerson tentang tragedi itu. Sumber: Britannica, Wikimedia CommonsKarya Chase menginspirasi Herman Melville's - Moby Dick (1851).
Wednesday 17 November 2021
APA PERLU ANDA BUAT JIKA TERTUKAR URL WORDPRESS ANDA?
Hai..
Relax. Pertama sekali adalah bertenang. Masalah utama di sini adalah apabila anda menukar alamat URL wordpress anda kepada alamat yang lain kemudian website tersebut tidak dapat diakses lagi. Bila dah tak dapat akses, nak tukar semula ke alamat asal pun tak dapat. Macamana nak ubah, nak buka dashboard pun tak dapat. Huh, panik dibuatnya.
Jangan risau. Dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana untuk selesaikan semula masalah tersebut.
Tutorial baiki masalah URL Wordpress yang tersalah-ubah.
- SiteURL
- Home
-MN-
17/11/21
Thursday 12 August 2021
Tuanku Sharif Kedah
Tuanku Said Muhammad Ibni Tuanku Said Muhammad Shahbuddin (Tengku Kedah).
Lahir dan dibesarkan di Mekah, berhijrah ke Kedah dan W.P.Labuan pada tahun 1896M (1313H/1314H). Beliau adalah seorang pedagang dan pendakwah.
Sebelum menetap di W.P.Labuan, beliau pernah menetap selama dua (2) tahun di Kuching, Sarawak.
Meninggal dunia pada tahun 1943M (1361H/1362H/1363H) ketika berusia 116 tahun di Kg. Ranca-Ranca W.P.Labuan.
Tengku Kedah atau lebih dikenali dengan nama 'Tuanku' ataupun 'Sharif Kedah' adalah salah seorang yang amat dikenali terutama bagi masyarakat lama di sekitar W.P.Labuan dan kawasan berdekatannya. Beliau merupakan salah seorang penyebar agama islam yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Tidak banyak maklumat berfakta yang diketahui tentang beliau selain daripada cerita-cerita lisan daripada orang-orang yang pernah mengenali beliau.
Sebab musabab kepada gelaran 'Tengku Kedah / Sharif Kedah' juga tidak dapat dipastikan puncanya. Berkemungkinan Kedah adalah tempat pertama beliau jejaki di rantau ini sebelum berhijrah ke W.P. Labuan menyebabkan masyarakat setempat mengelarnya Sharif dari Kedah ataupun ringkasnya 'Sharif Kedah', ataupun berkemungkinan juga ada di antara golongan orang lama di Kedah sendiri yang mengenali ataupun mengetahui akan sejarah beliau yang mungkin dapat menjelaskan akan biodata lanjut Syarif Kedah itu sendiri.Makam Sharif Kedah
Status Tengku Kedah ini juga, samada mempunyai keluarga atau tidak selama beliau berada di kepulauan Borneo ini juga tidak dapat dipastikan, ada juga khabar angin menyatakan beliau mempunyai anak angkat, tidak tau sejauh mana kebenarannya.
Dipetik dari blog http://daengsaring.blogspot.com/
Jalan baru yang menyambungkan kampung Patau-patau dengan Kampung Batu Arang dinamakan sempena nama Tuanku Sharif Kedah.
P.S : Khabar mengenai anak angkat tersebut adalah benar memandangkan lokasi yang dimaksudkan di Kg. Lajau(berdekatan alamat lama admin) di dalam ruang komen. Jika admin tidak silap, orang yang dimaksudkan adalah seorang guru agama dan admin sempat mengaji al-quran bersama beliau. Saya juga sempat menziarahi ke rumah keluarga beliau semasa beliau meninggal dunia di Kg. Sungai Bedaun.
-MN-