AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Monday 17 September 2012

Doa Murah Rezeki

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu, syukur ke hadrat-Nya dengan limpah kurnia-Nya yang telah memberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berlalu. Sambil2 berehat bersama keluarga, setalah melepaskan penat seharian bekerja terlihat aku beberapa naskah buku yang aku perolehi tidak lama dahulu dan salah-satunya adalah “Doa Murah Rezeki”.
Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah al-Baqara - 2:186
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Di sini ingi aku kongsikan bersama beberapa doa:
1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Maidah - 5:114
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.
2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah at-Taubah - 9:129
Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Hud - 11:6
Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah al-Fathir - 35:2
Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Qasas - 28:24
Maksudnya: ”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
9. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah asy-Syuara - 42:19
Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
 

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah at-Talaq - 65:7
Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Share:

Sunday 16 September 2012

Tips Untuk Elak Disihir.Baca info ni!

1. Baca Al-Fatihah

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4) Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam. Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak 100 kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


sumber

Share:

Gambar bila selebriti wanita Hollywood bertudung


Oprah Winfrey

Aisywarya Rai

Avril Lavinge...

Bai Ling

Britney Spears
 
 
Share:

Cristiano Ronaldo Dikecam Israel Kerana Bantu Palestin


Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai ikatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya ditunjukkan polisi kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.

Yang paling ketara adalah langkah yang dilakukan pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia.

Mantan penggawa Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.

Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.

Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Di sana dia disambut suka cita oleh rakyat Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Tapi lagi-lagi Ronaldo dikecam media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis
 
 
Share:

16 september ~ Hari istimewa :-)





assalam semua readers setia. Moga sihat-sihat selalu dan hidup berbahagia hendaknya..
Today, 16 september merupakan hari yang istimewa kerana dua perkara..

16 september ni juga dikenali sebagai hari malaysia selepas hari kemerdekaan pada 31 ogos yang lepas. :-)

Berikut 2 perkara penting sempena tarikh bersejarah ini.

1). PERKARA PERTAMA : Pembentukan Negara Malaysia.


16 September merupakan hari bersejarah terutamanya bagi Negeri Sabah dan Sarawak kerana terlibat dalam pembentukan sebuah negara yang dikenali sebagai negara Malaysia.


2). PERKARA KEDUA : .... Nak tahu apa dia??



.....

....

...

..

.

..

...

....

.....





HARIJADI Cik Sofie yang ke-22 tahun!!


Sempena birthday ko ni, aku ada 3 wish untuk ko sempena birthday ko ni Cik Sofie yer..

#1. Semoga ko panjang umur dan murah rezki selalu.

#2. Semoga ko berjaya dalam apa jua bidang yang engkau ceburi.

#3. Semoga jodoh kita kekal hingga akhir hayat. 

ameen...

 PS: Happy Birthday yer Cik Sofie.. i Love you! :-) <3 <3
Share:

Saturday 15 September 2012

Makan Burger 5 Kali Seminggu, Anda Berisiko Menghidap Kanser..

Bagi sesetengah orang, burger merupakan makanan kegemaran yang perlu di ambil selalu, tidak kira pada waktu pagi mahupun malam..Kalau boleh, nak makan tengahari pun nak kena ada burger..Tapi, korang tahu tak, dengan pengambilan burger yang terlalu kerap korang akan berpotensi untuk menghidap kanser? Mesti korang hairan kan, apa kena mengena makan burger dengan kanser? Okay, kalau korang nak tahu, meh baca kat bawah ni..




Pada sebahagian masyarakat, pengambilan burger mungkin menjadi hal yang masih jarang dilakukan. Tapi bagi sesetengah orang yang lain nya, mungkin hal ini menjadi kebiasaan, bahkan telah menjadi makanan kegemaran seseorang.


Persoalannya, berapa banyak anda memakan burger setiap minggu? Burger apa yang lebih anda suka? Daging ayam atau daging lembu? Jika jawapannya lebih daripada lima dan anda lebih suka makan burger daging lembu, maka ada baiknya untuk anda berhati-hati.


Berdasarkan sebuah pertemuan antara cendiakawan yang bekerja dengan pemerintah England, mereka telah sebulat suara mengeluarkan pandangan bahawa makan burger lima kali dalam seminggu dapat memperbesarkan risiko mendapat kanser.


Oleh itu, mereka mengesyorkan kepada seluruh masyarakat agar tidak makan burger daging, khususnya daging lembu atau daging merah yang telah di proses, lebih dari 500 gram setiap minggu (70 gram sehari).


"Daging merah memang penting untuk tubuh, namun akan menjadi perkara yang tidak bertanggung jawab bila kita mengetepikan risiko penyakit yang akan muncul. Pandangan kami cukup jelas." ulas sumber daripada pertemuan cendiakawan pemerintah.


Katanya lagi, penemuan ini akan di siarkan secara menyeluruh oleh Jawatankuasa Penasihat Sains untuk Nutrisi (SACN) dalam beberapa hari lagi.


Penemuan ini diharap dapat menguatkan lagi laporan SACN yang pada sebelumnya juga telah menemui bahawa pengurangan pengambilan daging merah dan daging yang telah diproses akan mengurangkan risiko menghidap kanser usus..

 

SUMBER
Share:

Friday 14 September 2012

Hello! Ini Cik Sofie yang periang. :-)

Assalam semua readers..

Harini aku jumpa dia lagi... huahauhauuaa...

Just hanging around coz dia pun cuti harini. Lepak ngn dia sehari mcm x ckup pulak.. kahakahakahakaha..... bagus kahwin la klu mcm ni kan.. But the day will come juga tuh.. just need a while coz masing-masing punyai matlamat yang perlu dicapai. Lagipun once dah ada ikatan, maknanya everything tak bleh la nak buat sesuka-hati kan.

Besanya kitaorg jarang sms, just chat on FB or komen-komen kat wall sampai bengang tak tahu apa dah nak di komen..(dont try this at home ok).

As usual, dia ni mmg periang and sweet orgnya.. ada jer la yg dia nak cakap nih.. hehehe... ok la tu kan klu bandingkan dgn aku ni yg agak pendiam sikit orgnya..

snap!! hehehe
Suka tgk senyuman dia.. hehe..

Hohohoo.. zoom kejap,

hahahaha....!! terlebih zoom! :D


Huahuahauauhauauauuahauuaa................... Senyuman dia!! Like! Like! Like! Aku ni pendiam jer orgnya tp nakal boleh tahan juga kekadang tu... yeah..

So selepas berberapa kali tengok-tengok gambar dia kat FB, aku pun sempat curi berberapa gambar lagi.. Yesssss...!!!!!!!!


1,2,3 Senyum...!!!!

Tengok nih berberapa photo dia yang tersenyum riang... sebiji macam kanak-kanak riang.

Macam kartun pun ada.. hahaha...

ya, macam kartun dan dia pun akuinya.

haaaa... tu pengakuan tuh..
Kalau dia ketawa jer, memang... memang mengalahkan budak-budak..

aku suka buat dia nih ketawa and ketawa and ketawaaaaa jer... hahaha..

Senyum itu suatu sedekah..

Untung ler dapat girfriend macam dia ni coz murah senyuman.. senyuman itukan suatu sedekah.. hehehe... Maka hari-hari pun bertambah ceria dengan dia yang periang neh..

Tengok raut wajah dia.. Heppy jer kan.
Oh dia suka budak-budak? Nice. :-)
Bergambar dengan ayah dia..
Dia sangat ceria even yang tak sepatutnya pun dia buatkan 'senyum'.. kuang3..
ERMMM...... Yang ni Off-topik sikit.
Opppsss.. ini pun senyum?

Lantak ko ler cik Sofie sampai makanan pun senyum ko buat yer.. BTW, so much fun and lot of laugh ngan ko hari ni...

Janji ko happy la yer... Aku lagi happy tuh.

Everyday...

Everyday is a day that i'm waiting for her to talk and chatting with me.. missing her so much!
Entah kenapa yer macam tu.. Terlebih angau agaknya..

Tiap-tiap hari mesti nak inbox, sms dan call dia..dan bila nak inbox, sms dan call mesti hari-hari..  

kahkahkahkahkah.........!!

Kalau tak buat mcm tu, mesti ada jer rasa yang kurang..

This is not 1st time aku ada relationship pun... Maybe kalini aku dah jumpa yang terbaik sebab tu asyik nak berhubung jer walhal dia pun ada waktu dia sibuk and penat nak rehat.. Lain la kalau macam aku neh, 24jam kat dlm bilik SOHO ni mngadap PC jer... mana la penat kan.

Ermmmmmm... ada rupa penat ke? Takde kan.

Karakter dia?...

Dia peramah and mudah di bawa berkawan. Agak open-minded dan ceria.. Means, sesapa berkawan dgn dia mesti akan ceria selalu.. hehehe...

Seperkara yang aku minat dgn dia ni adalah bila dia menceburi perniagaan.. Menarik gtu.. :-)

Karakter perempuan yang otak bisnes ni berbeza dgn perempuan yang bukan otak bisnes.. Paling bagus la yg otak bisnes sbb orang mcmni biasanya suka berdikari dan sentiasa mmperbaiki kelemahan diri.

Itu cukup menggambarkan dia bukan seorg perempuan yang lemah.. wlupun secara dasarnya perempuan ni mmg makhluk yang lemah tapi ada juga perempuan yg jiwanya lbh kuat dari lelaki.

Perempuan ne kalau dalam rumah-tangga, mereka juga dikenali sebagai 'menteri kewangan'. hehehe
Why? Sebab mereka la kontrol kewangan.. hahaha.. So bgmana kalau perempuan tu jga seorg yg bisneswoman? haaaa kan menarik tu.

Aku rasa aku sangat-sangat bertuah coz ada seseorang mcm dia nih.. Dia juga bersikap terbuka menerima kritikan dan ilmu-ilmu berkaitan perniagaan online dari aku.. So memang best la dpt sharing dgn dia tntg semua ilmu perniagaan tu. Best giler sampaikan org gila pun tak rasa best mcm tu.. kahkahkahkah!!

Oh cik Sofie ku.....

Tiap hari aku rindu dia neh tau... hahahaha!!!!! Kekadang aku rasa macam terlebih angau coz asyik nak kacau dia jer.. harap-harap dia tak sesak la yer.. hahaha.. sabar jer la ko cik sofie sapa suruh ko couple ngan org yg gila-gila neh..

hahaha~

whatever..... and also AAK(Ada Aku Kesah... laaa penat pula asyik reminder benda neh taw..)

Okey la, sampai sini lah dulu yer.. Jumpa di entry yang berikutnya nanti.


Bye...bye...

Love u so much Cik Sofie! :-)
Yang Tulus Ikhlas,
~SofieNazz~


Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE